Dec 7, 2010

Happy New Year & Merry Christmas

|
السلام عليكم



Dear readers,

December... in Gregory calendar but in Qamary calendar, Muharam. 1st Muharam is the day that the Muslims celebrate New Year and wish in their prayer for better life and prosperity in this world and the Day in Hereafter.



For my brothers and sisters in Christian, they are about to celebrate Christmas day, I still remember my beloved friend, Gan Tchin Tze. He is Methodist Christian, he's now studying at UM. I hope, I would not miss to wish him this year hehee... Nice Gan. There's another, that I met about last month, not going to tell his name... even I know, he might read this entry... He is so special I guess...


So, why I lay my love to them? why hah? because my Holy Scripture had recorded in the Sura El Ma'idah  verse 82:

 "Verily, you will find the strongest among men in enmity to the believers (Muslims) the Jews and those who are Al-Mushrikun(pagan), and you will find the nearest in love to the believers (Muslims) those who say: "We are Christians." That is because among them are priests and monks, and they are not arrogant."

And we Muslims and Christians are about to wait for  the  Second Coming of Jesus Christ (peace be upon him)... We are so close to him, I hope I could meet him one day


Jesus Christ or the Messiah or Isa Ibnu Maryam (Jesus Son of Mary). The word Messiah is originate by the Hebrew language and ...

Dec 2, 2010

Green Globe & Widget Section

|
السلام عليكم









Dear readers,

December... hmmm... So close... About few days, I'm going to attend ROTU(Reserve Officer Training Unit) program that I had joined since 2009. Here come the 'Last Summer Camp', I called .This is the last training before I get commission. During commission day that will be held next year, the trainer will be granted the commission scroll by Yang Di-Pertuan Agong and also granted the Young Officer(Y.O) title... Going to miss the moment...=) So I might not be around, not be able to update this blog, go for blogwalking, up traffic, and so on.

The training would be started on 6th to 25th of December, The program including ... hmmm . where? somewhere... hey, secret of course, this is military program.


Even so, I still could attach this picture :P pEaCe nO waR k! hahaa  



Anyway, I decided to dedicate to all of my visitors a trophy [on top of this entry], hmmm... kind of souvenir from me. Dunno what else to share... just an offer k. Take it or just leave it... No compulsion =)

Nov 30, 2010

Duo Combo Award! Thanx =)

|

U C H I had given me 1Award


In return, I offer U C H I:







K i L a had given me 1Award


In return, I offer k i L a:







Thanx for the awards! =D 

This is the very first time ever in Blogging World, I got awards. Besides, I always get acknowledgment and LOVE by my beloved readers and fellow bloggers whose always SUPPORT me and spend time together in bWalkin' , sharing and all the things around here that makes me so happy... 

Anyway I'm not planning to give 'speech' here... kua2! ;| , Just wanna share my feeling and represent my "Thanx! & smile =)" to U C H I and K i La altogether "You" who read this entry ...

Well, tonite, got other things to do, catch up with me later k... please be free to visit and share something here =) 

T H A N K S    F O R    Y O U R    S U P P O R T 

Nov 29, 2010

Project Disember DJ2B - 31 blogger

|

السلام عليكم




Entri kali ni khas buat Cikgu Dahlia atau dikenali sebagai Kak Dahlia, pengajur projek yg. julung2 kali diadakan. Saya dan dia saling berkunjungan belum genap sebulan pun. Dalam bulan November ni laa. Hmm, walaupun tak sampai sebulan berkenalan, tapi saya rasa macam dah kenal lama sebab akak ni mudah didekati dan mudah mesra. seronok sangat... =)

Gambar dekat bawah ni, adalah komen terbaru akak Dahlia di blog Neo Khilafah:


 
alang-alang akak da ajak - "Jom Join Projek Disember DJ2B - 31Blogger" . Ape lagi... :D

Jadi, diringkaskan cerite, saya nak join projek ni sebab...

I: Saya masih lagi baru walaupun buat blog sejak tahun 2009, tapi baru bulan ni saya seriyes blogging dan blogwalking. Ala-ala Newbie gak laa... 

II: Saya jangka traffic di blog Neokhilafah akan berkurang sebab saya akan mengikuti Latihan Kem Tahunan PALAPES Darat dan program-program lain dalam masa terdekat ni. Jadi, peluang keemasanlah bagi saya untuk join projek yang boleh bantu saya untuk up traffic nanti

III : Saya yakin dengan projek ni, Neokhilafah akan lebih dikenali oleh blogger2 ternama. InsyaAllah x jadi masalah bagi DJ sebab DJ adalah otai blog, bukti nyer follower da lebih 2000 ... x caye gi laa tengok. Klik butang ni


Nov 26, 2010

Neo Pet S01E01

|
السلام عليكم

Animasi flash dalam entri kali ni adalah bertujuan untuk melakukan percubaan dan promosi blog secara tidak langsung. Sebelum ini, saya sudah biasa bermain-main dengan aplikasi flash nie... tapi setelah sekian lama, timbul pula idea untuk menghsilkan animasi pendek untuk dijadikan salah satu kelainan dalam entri di blog ni.

Untuk bahan multimedia seperti template, design dan seumpamanya, saya da sediakan di blog alternatif, http://www.royal-d-sire.blogspot.com. Jadi, flash ni sebagai catalist atau pemangkin untuk menambahkan ‘masyuk’ blog Neo Khilafah masyuk la sangat. Kata orang, “Kasi gempak skit, baru terangkat”. Tapi untuk NeoPet S01E01 ni, tak de maknanya untuk gempak-gempak. Nama pun da trial, ala2 ’beta version’ laa. :D

NeoPet ni berkisar tentang binatang ternakkan sayer... bukan ternakkan, peliharaan... Si kura-kura. Ada 2 ekor, betina sekor, jantan sekor... Nama pun x letak. Ntah kenape yep. Kalo letak nama Air-Knot ngan Air-Tone okey tak? Mcm aircond lak... sesuai sangat dengan sifatnya sebagai reptilia yang berdarah sejuk...

Air-Knot dan Air-Tone dilakonkan sebagai aset ketenteraan yang dilatih untuk menjadi perisik bagi tujuan tertentu... bermulalah latihan dia dengan pelajaran atau tugasan pertama dengan objektif : Tajamkan IQ

Memang sengal! Kura-kura tajamkan IQ makan Chipsmore...ngeee. Ye la, kan coklat chip tu ada estrak perangsang otak... (jgn pandai2 lak bagi, hehe... kan tiba2 menyanyi si kura2 tue) . Saya pun x pernah bagi... sekadar lakonan je animasi flash tue.

Untuk kualiti, memang x boleh nak disangkal lagi, memang low giler laa... lebih lagi ada tayang muke sendiri.... hihii... utk tujuan identity je... akan datang, untuk episode seterusnya mungkin hadir dalam elemen lain.

Ape pun komen je nanti, nak tengok feedback... cakap ape aje untuk penambah baikkan... Mohon maaf terlebih dahulu sebab penggunaan broken english dalam entri dan clip animasi :D


View on ShareSWF
NeoPet Season 1 Episode 1

Nov 23, 2010

My Expression - BlogWalkin'

|



Assalamualaikum,



Bosan Sam Bard Perantau
Singing Worshiping Tention Blur
Guilty Ambitious Mumbling Shy
Sweet Sweety Cute Dancing
Thinking Spell Bounded Promoting Thumbsup




Create pictures in table as above by copy and paste the code below


Nov 21, 2010

Antara 2 Media

|

Assalamu'alaikum,

Dinar Emas Kelantan
Dinar Emas Kelantan
 

Dinar emas mampu henti perang mata wang - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR Nov. 1 - Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.

"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. - Bernama


Nov 18, 2010

Wallpaper PRU

|
Assalamualaikum,
 
Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Neo Khilafah™. Sebelum ni saya pernah poskan entri tentang PRU (Link) dan kali ini saya mahu 'straight to da point' tentang hakikat yang terbuku di benak fikiran. Apa ya? saya tidak tahu di mana mahu mulakan tapi, macam biasa, 'A Picture Explain Thousand Words'. 




Untuk pencerahan: saksikan video dari Youtube:



 
Sitcom : Pelajaran Peta yg di'coat' oleh somebody... :P

Tentera : Skarang kita akan perhatikan peta, yg bewarna HIJAU menunjukkan kawasan tmbuh2an ,
termasuk semak atau hutan juga menunjukkan kawasan daratan bagi peta berskala besar... 
dibahagian bawah peta ada skala ....bla-bla

Seseorang itu: Kenapa banyak sangat warna HIJAU...ish sakit la mata..

Tentera: Nah, amik peta ni penuh warna BIRU... mesti ko suka kan...

Seseorang itu: Bak sini... baik punye laa ( skali, bila tengok peta tu...) 

Nov 16, 2010

Mubarak Eidul Adha + PSM1

|
Assalamualaikum,
 
Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Neo Khilafah™. Teman2 pembaca serta blogger mesti balik kampungkan? saya... x balik Kelate sebab sebab parent ckap x yah blik, prepare utk 3 lagi paper for final lepas raya ni... X sedih sangat sebab da biase x blik Raya Haji sebelum ni sebab ada Latihan PALAPES. Beza sikit je laa kali ni. "Be Strong k... " - pujuk diri...hehe. anyway adik pun ada d UTM gak... so ok laa


Sebenarnya, pada detik ini skang ni ramai Muslim yang sedang menunaikan ibadah haji yg hanya boleh dilakukan ditempat2 tertentu, masa yang tertentu dan aturan yang tertentu. Jadi, sangat2 berkaitan dengan diri ini... Kenapa ek? Adha - Adhwa?...



Nov 14, 2010

Jom Santai!

|
Assalamualaikum,
 
Entri kali ni, saya nak buat kelainan sedikit... ye laa... di samping blogwalkin’ boleh laa berehat sebentar untuk menonton filem komedi best yang bertajuk Despicable Me. Pergh... memang lawak la wei. Dapat suggestion dari seorang teman yg sedang practical di KL-TQ bro... Memang best laa, nak pecah perut! Tak nak citer panjang... hehe. Download laa dari link di bwah. Sengaja split 8 fail bab beso sangat, so korang pandai2 laa nak cantum. "Psssst" : tips – extract guna WinRAR.







 Despicable Me Rating Link:
 
  
Download Link:








Nov 13, 2010

Kesihatan & Wewangian

|

Assalamualaikum,

Entri kali ini berkisar tentang kesihatan yang merangkumi fizikal dan rohani yang disandarkan pada penggunaan wewangian atau bauan harum. Secara semula jadinya, fitrah manusia adalah mengidam, menyukai akan wangi-wangian seperti yang dinyatakan dalam kitab Tib An-Nabi ( Kitab berkaitan berubat mengikut nabi ).

Sesungguhnya bau wangi merupakan santapan roh, sedangkan roh adalah pusat stamina. Seterusnya, stamina akan meningkat dengan wewangian. Memang mudah diterima akal kerana bau wangi dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ tubuh bahagian dalam, menggembirakan hati dan menyenagkan jiwa serta memberi kesegaran rohani.

Wewangian adalah sesuatu yang paling sesuai dan serasi dengan roh. Hubungan antara wewangian dengan jiwa yang baik amatlah erat sekali. Wewangian juga merupakan salah satu dari dua perkara yang disukai oleh Nabi dari perkara dunia, mudah-mudahan selawat dan salam dilimpahkan ke atas baginda.

Di dalam kitab Shahih Al Bukhari disebutkan: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w tidak pernah menolak wewangian." Adapun dalam Shahih Muslim disebutkan:

Maksud:
"Sesiapa yang diberi wewangian, janganlah ia menolaknya, sebab wewangian itu semerbak baunya dan mudah dibawa ke mana-mana."

Manakala dalam Musnad Al-Bazzar, dari Nabi s.a.w diriwayatkan bahawa baginda s.a.w bersabda:

Maksud:
"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan, Maha Bersih dan menyukai kebersihan. Maha  Mulia dan menyukai kemuliaan, Maha Pemurah dan menyukai kemurahan. Bersihkanlah teras dan halaman rumah kamu, janganlah kamu menyerupai orang-orang Yahudi yang biasa menyimpan akba (sampah) di rumah-rumah mereka."

Wewangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya manakala syaitan-syaitan amat membencinya, sebab yang paling disukai oleh syaitan adalah bau busuk dan menjijikkan. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung dengan apa yang disukainya.

Oleh itu, kita perlu menghadirkan diri kita dalam keadaan yang bersih, kemas dan wangi begitu juga dengan persekitaran tidak kira lelaki atau wanita selagi ia bergelar Muslim dan Muslimah (golongan yang berserah kepada Allah yang Maha Esa).

Jazakallahu khairan jazak...

Nov 10, 2010

PRU 13 !!!

|

Pilihan Raya Umum : Bakal menjelma di arena transformasi Malaysia
Persoalan: Perlu ke pergi mengundi? Bila nak bersatu? Di manakah peranan  kita?


Assalamualaikum,


Sayup-sayup kedangaran khabar-khabar tentang PRU yang bakal menjelma... sebelum membincang persoalan di atas. Mahu tanya dulu, bagi yang dah cukup umur 21, da daftar mengundi ke belum? Haaa... daftar dulu laa bagi yang belum.


Di Malaysia, kita mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen.Dalam Islam boleh ke? Timbul lagi persoalan... fuh, banyak betul soalan ye... nak tau jawapan kena baca buku atau tanya laa ulama' atau orang yang arif berkenaannya. Salah rujukan, nahas diri sendiri. Jadi hati-hati. Berkaitan isu Islam dan  Demokrasi telah dihadam dan di terbitkan buku oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang memiliki ijazah B.A (Syariah) dari Unviversiti Islam Madinah dan Ijazah M.A (Siyasah Syariah) dari Universiti al-Azhar melalui buku Islam dan Demokrasi. buku ini membincangkan dan menerangkan persoalan seperti Apakah politik daripada kaca mata Islam? Wujudkah demokrasi dalam Islam? Adakah sama demokrasi barat dan demokrasi Islam? Apakah Islam menerima demokrasi sebagai salah satu sistem politik? Bagaimanakah pandangan Islam berkaitan dengan pilihan raya?


Ajaran Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan. Apatah lagi politik. Bermula dari era kebangkitan dunia barat, konsep demokrasi diperkenalkan. Namun begitu, sejauh manakah ciri-ciri demokrasi kini selari dengan sistem politik Islam yang bermula di Madinah pada tahun 622 Masihi?


Jadi rentetan sejarah perlu kita hadam dan faham, kita lihat bagaimana pembinaan Empayar Islam yang luas dari seorang peribadi mulia, junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Baginda telah meninggalkan kita dua perkara yang mana jika kita mengambilnya dan mengamalkannya, nescaya kita tidak akan tersesat iaitu Al-Qur'an dan Sunnahnya. Jadi rentetan sirah dan juga panduan dari Al-Qur'an telah menyatakan segalanya, tinggal lagi untuk kita mencari, membaca, berguru, memahami, menghadam dan menyampaikannya.


Terdapat lagi buku yang membincangkan perkara yang seiras tapi dari kondusi yang berbeza dan lebih luas. iaitu Sistem Politik Islam. buku ini dikarang oleh Dr. Khalid Bin Ali Bin Muhammad Al -Anbariy yang merupakan seorang pensyarah bertaraf Professor Madya di Universiti 'Ajman. Beliau juga berkhidmat di Universiti al-Malik Su'ud sebelum itu. Pendekatan beliau lebih menjurus kepada manhaj 'salafiy'. Dalam kitab-kitab karangan beliau sebelum ini, jelas menunjukkan beliau berpandukan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis beserta dengan takhrijnya. Ini menunjukkan beliau mengikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Dalam buku Sistem Politik Islam ini menghuraikan prinsip pemerintahan sebuah negara Islam. Ini bermula dengan sejarah penubuhan negara Islam pertama di Madinah oleh Rasulullah S.A.W diikuti dengan ciri-ciri, tujuan dan kaedah politik Islam itu sendiri.


POLITIK ISLAM  BERMAKSUD MEMERINTAH DENGAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH S.W.T DI DALAM AL QURAN DAN SUNNAH NABI S.A.W . KALAU BEGITU APAKAH HUKUM MEMERINTAH SESEBUAH NEGARA DENGAN HUKUM SELAIN
DARI HUKUM ALLAH?


Perkara kedua yang difokuskan ialah soal kepimpinan, peminpin. Bagaimanakah kedudukan seorang peminpin dalam Islam? Apakah syarat untuk menjadi seorang pemimpin? Bagaimanakah kaedah perlantikannya? Apakah bentuk kepimpinan yang hendak dilaksanakan?


Perkara ketiga ialah tentang tanggungjawab dan hak negara. Apakah peranan ulama dalam sebuah negara? Apa pula peranan sultan atau raja?


Perkara keempat ialah tentang rakyat atau masyarakat dan komposisinya.


Perkara terakhir ialah tentang tanah air, kekuasaan politik, perundangan, kehakiman, pelaksanaan, kementerian dan asas politik yang adil. Buku ini turut menyorot fatwa tentang politik Islam oleh mufti dan ulama' terkemuka dunia Islam.


Begitulah ringkasan dari buku-buku pilihan, jadi bagaimana? terjawabkah soalan pokok yang dinyata di kepala posting ini? atau semakin bertambah persoalan?. Apa pun sebenarnya, penulis mahu membuka minda para pembaca dan mendidik kita semua supaya berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita tidak pasti dan tidak tahu, jadi  tajuk buku pun telah disebut, nama ulama' pun sudah disebut... jadi teruslah maju mencari jawapan bagi solan-soalan yang bermain di minda.


Jazakallahu khairan jazak...




Oct 19, 2010

Ayat Suci, Rukyah, Syifa'

|





Assalamualaykum,

Update design baru wallpaper destop... dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Qur'an, Selawat Syifa', Bismillah 6, Ayat 1000 Dinar, Ayatul Qursi dan berlatar belakang ayat Qur'an format lama ( Kufic Wording ) + Struktur molekul zam-zam.

Jadikan segala-gala di sekeliling anda inspirasi menujuNya...
Jazakallahu khairan jazak...
Barakallahu fik..


Oct 5, 2010

Kenape di Bandaraya Islam Tiada Gagak?!

|





 
 
Assalamualaikum,

Pernahkah teman hai sang pembaca setia, berkunjung ke Kelantan? Sebuah wilayah yang digelarkan Bandaraya Islam oleh Kepimpinan Ulama' Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Negeri ini cukup indah dengan panggilan Serambi Mekah yang bukan sekadar panggilan dan gelaran semata, tetapi hakikat negeri ini yang kaya dengan khazanah ilmu agama, adat dan santun baik dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Menarik lagi, setiap hujung minggu, Menteri Besar merangkap Mursyidul Am PAS, Yang Amat Berhormat Tuan Guru mengadakan tazkirah dan kuliah agama yang dihadiri oleh hadirin dari segenap pelusuk tempat. Tiada lagi saya dengar di negeri lain di Malaysia, perdana menterinya atau menteri besarnya mengadakan kuliah sedemikian. Begitulah sekadar pendahuluan bicara kali ini.


 
 

Jadi, terdetik persoalan seperti perkara tajuk. "Kenapa ya tiada burung gagak seperti di tempat lain?" Apa puncanya, persoalan demi persoalan timbul dan terpatri di minda...

Setelah memerhati dan mengkaji perkara ini. Terpancar di benak pemikiran bahawa si burung gagak sangat suka makan sisa buangan dan bangkai. Ternyata di tempat yang mempunyai perindustrian yang tidak terkawal dan kapasiti penduduk yang tidak bertanggungjawab menjadi pembiak kepada pertumbuhan dan subur segarnya si burung gagak. Ternyata di sini, burung gagak akan 'menetap' di kawasan yang KOTOR dan BUSUK.

Sebelum ini kita pernah juga mendengar, si burung gagak membawa malang dan sial. Tapi hakikatnya mereka membersihkan kawasan tercemar yang mana di cemari oleh TANGAN-TANGAN Si Manusia yg ALPA & LUPA diri. Seperti juga kejadian lalat, kita boleh tau bahawa seseorang yang tidak membersihkan diri mudah dihinggapi laat. Jadi, kalau dah banyak burung gagak tu, maknanya wilayah atau kawasan tersebut KOTOR. Oleh itu, manusia yang pelupa itu haruslah sentiasa diperingat, walau dikiaskan sebagai "Sekali Ketuk, Sekali Jalan". Biarlah sering kali diketuk demi menjaga kestabilan pelbagai unsur yang merangkumi cara hidup individu mahupun masyarakat , baik sosial, ekonomi, politik dan lain-lain.

Turut ingin di ketengahkan peranan pemimpin dalam hal ini, masing-masing boleh fikir sendiri apa peranannya.... seperti dalam konsep Islam "الناس على الدين ملوكهم" , yang bermaksud, "Rakyat/manusia akan terikut-ikut dengan agama/cara hidup pemimpin mereka".  




 

Aug 8, 2010

Jul 19, 2010

Download E-Book Free!

|










Jul 12, 2010

Muat Turun DIP E-book

|









Asslamu'alaikum,
Promosi Jom Solat Dhuha ini merupakan langkah awal yang diambil oleh pihak admin bagi memasak asas hablum minallah ( hubungan dgn. Allah ) supaya kelak ummah sejagat mudah untuk menerima Islam sebagai cara hidup. 

Lebih-lebih lagi sebagai 'worming up' kepada program yang akan berlangsung iaitu Ledakkan Makrifatullah. Insya-Allah, dengan adanya pengisian seperti ini, pembudayaan ilmu seperti sering diwar-warkan oleh Yg Berbahagia Dato' Prof. Ir. Dr. Zaini Bin Ujang ( NC UTM Tercinta ) akan berkembang dan memansuhkan budaya-budaya yang bertentangan seperti yg para pembaca maklum. 

Tiada lagi masalah ketandusan akhlak, kurangnya masalah disiplin, tiada lagi kelihatan Pak Guard UTM susah payah mencegah 'belangkas-belangkas', tiada lagi noda hitam di hati setelah cahaya Iman & Islam menerangi dan memenuhi lubuk hati setiap insan.

Insya-Allah dengan usaha yang sedikit yang juga bermula dari sekecil-kecil perkara akan rancak menuju dan menyaksikan realiti marhalah amal. Mulanya dari Insan, Keluarga, Masyarakat, Negara ( Daulah ), Khilafah, Empayar seterusnya UA. Ini semua demi untuk menjaga Maqasid Shar'ie dan menegakkan Kalimah Thaiyibah ( La Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah - Tiada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad s.a.w Pesuruh Allah )

Jazakallahu Khairan Jazak...

Jul 5, 2010

Muat Turun ULEAD + Template

|


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dapat juga mencapai hasrat dan memenuh harapan diri dan sahabat-sahabat dari pelbagai sudut Bumi Allah ini untuk mendapatkan software  yang menarik dan mudah untuk digunakan untuk membikin montaj & video korporat yang grand!

Spesifikasi Edisi Muat Turun ULEAD 11 @ Neokhilafah:

1. Template yang diedit khas untuk beginner yang telah dilengkapi khas dengan sound effect, visual motion, music background dan seumpamanya.

2. Turut menyediakan video tutorial yang boleh di muat turun melalui butang-butang yang tersedia.

3.  Software ini tidak memerlukan crack, jadi x perlu cari crack atau serial number k!

Cadangan dari Admin Neokhilafah:

1. Bagi pengguna Windows 7 @ Vista, sila pastikan anda klik kanan dan pilih Run As Administration. Seterusnya, first time open program pun kena klik kanan gak open as ... ( lupa ap command dia , =( maap bnyk2 k. Cuba r try, test k!)

2. Cuba fahami tutorial yang disediakan dan try lak discover sendiri... mudah jer...hehehe

3. Dapatkan lebih template, sond effect di internet bagi menambahkan umph! produk anda 

Kelebihan:

1. Boleh menjana wang hingga beribu-ribu ringgit jika pandai cari peluang dan lubuk wang.

2. Nilai tambah untuk kerja kursus oleh fakulti @ subjek masing-masing. Make Ur Prof. Spellbounded ( lepah catok @ terkesima + terkejut )

Download semuanya dari sini :











Jun 28, 2010

Ceramah Isra' Mikraj Antara Iman & Kufur ( X-klusif )

|
Assalamu’alaikum...







URL To Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=g1CoALmsCTg

Pendedahan ekslusif dari Neokhilafah, semalam 14 Rejab 1431 bersamaan 27 Jun 2010 di Masjid Mutiara Rini, JB telah diadakan Ceramah Israk Mikraj Antara Iman & kufur yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamihan Bin Mat Zin Al-Ghori ( JAKIM ) .

Dalam Ceramah tersebut, diceritakan tentang sirah agung , Peristiwa Isra’ Mikraj yang di hujah dari sudut keimanan dan kaitan dengan aqidah umat Islam. Beliau turut mendedahkan hal tentang bagaimana Jibril mengelakkan spekulasi oleh kaum musyrukin ke atas Nabi Muhammad dengan bertamu ke rumah Rasulullah melalui bahagian atap rumah Rasulullah. Dari titik ini... Al-Fadhil ustaz turut ingin berkongsi SPEKULASI yang berlaku ke atas beliau, yang juga akhir-akhir ini beliau diburu pelbagai pihak dan hangat di ruang media Malaysia.

Petikan ceramah :
Pembohongan media ke atas Ustaz Zamihan Mat Zin..."Saya x sebut pun Dato' Shahidan Kassim... Tuan Guru Hj Hadi... Dr. Juanda... " , - Spekulasi ke atas Ustaz Zamihan

Perkongsian ini bertujuan untuk kita sama-sama mencari titik dan jalur penyelesaian berkaitan isu-isu semasa serta memulihkan hubungan pelbagai pihak yang bergolak di Malaysia terutama melibatkan pemimpin negara, ulama’, rakyat dan sesiapa sahaja.

Turut dimuatkan dalam entri kali ini dengan ceramah penuh yang baoleh dimuat turun melalui link yang disediakan di bawah

(P/s: Kualiti kilp rendah kerana dirakam melalui telefon mobil) 

Jazakallahu Khairan Jazak


Muat Turun Klip Ceramah Sepenuhnya Di Bawah










"Ke Arah Menuju Perpaduan & Persefahaman Melalui Pemikiran Rasional Berlandaskan Sumber Islam"

Jun 27, 2010

Beradab Vs Biadab Dalam Bicara

|




Assalamualaikum...

Entry kali ni, bernada tegas kerana akhir2 ini, Editor dapati masalah ketandusan akhlak...Err... Mungkin teruk jika katakan tandus tapi hakikatnya begitulah apabila ramai yang bertindak liar...LIAR! Tidak mengira usia, kepakaran termasuk juga para bijak pandai agama yang mudah melatah dalam keadaan yang tidak sedar. Tidak kira di ruang mana pun... di pentas, di belakang pentas, cakap2 belakang, depan2, FACEBOOK, BLOG, persidangan atau di mana sahaja yang menjadi medium bualan, gurauan, hujah, debat...

Dua mingggu lepas, Editor amat tertarik dengan pengisian dari risalah I Luv Islam yang pada ketika itu bertemakan 'Landskap Perkahwinan' ada menyebut dan menghurai sedikit berkaitan Adab Berbicara. Memang menjadi keharusan bagi Editor untuk berkongsi hal ini, lebih lagi bebanan cetusan idea di minda dan di hati untuk menegur sahabat dan saudara se-Islam ( tegur tanda masih ada yang SAYANG! ). Rasa sungguh sakit apabila tidak dapat mengalirkannya ke dalam ruang blog yang update jarang2 ini.

Telitikanlah setiap apa yang diungkapkan, segala kekurangan dalam perkongsian ini, Editor ucapkan jutaan kemaafan.

ADAB BERBICARA

1. Semua perbicaraan harus kebaikan, dalam hadis Nabi Muhammad SAW disebutkan: “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

2. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah ra:
“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW:

“Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)
4. Menghindari banyak berbicara, kerana khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:
"Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami pada setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud) seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Rasulullah SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami" (HR Muttafaq ‘alaih)

5. Mengulangi kata-kata yang penting jika dibutuhkan, dari Anas ra bahwa adalah Nabi Muhammad SAW jika berbicara maka baginda mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)

6. Menghindari mengucapkan yang bathil, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keredhaan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

7. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi) dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)

8. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)

9. Menghindari banyak bercanda(bergurau), berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)

10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk, berdasarkan ayat al-quran, Al-Hujjurat:11, juga dalam hadis Nabi Muhammad SAW:
“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya) 

11. Menghindari dusta, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)

12. Menghindari ghibah(mengutuk) dan mengadu domba, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.” (HR Muttafaq ‘alaih)

13. Berhati-hati dan adil dalam memuji, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata: Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka berkata Nabi SAW: “Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (dua kali), lalu kata baginda SAW: 

“Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga ALLAH mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun di sisi ALLAH, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafzh Muslim)

dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji seorang pejabat di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi Muhammad SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji. (HR Muslim)

ADAB MENDENGAR

1. Diam dan memperhatikan (ayat al-quran, Qaf:37)
2. Tidak memotong/memutus pembicaraan
3. Menghadapkan wajah pada pembicara dan tidak memalingkan wajah darinya sepanjang sesuai dengan syariat (bukan berbicara dengan lawan jenis)
4. Tidak menyela perbicaraan saudaranya walaupun ia sudah tahu, sepanjang bukan perkataan dosa.
5. Tidak merasa dalam hatinya bahwa ia lebih tahu dari yang berbicara

ADAB MENOLAK / TIDAK SETUJU

1. Ikhlas dan menghindari sifat senang menjadi pusat perhatian
2. Menjauhi ingin tersohor dan terkenal
3. Penolakan harus tetap menghormati dan lembut serta tidak meninggikan suara
4. Penolakan harus penuh dengan dalil dan taujih
5. Menghindari terjadinya perdebatan sengit
6. Hendaknya dimulai dengan menyampaikan isi benarnya terlebih dulu sebelum memberi komen yang salah
7. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat
8. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi
9. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya
10. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

Jazakallahu Khairan Jazak...

Jun 20, 2010

Lelaki Berdandan?! Boleh ker?!

|

Assalamualaikum...

Haa... Kali ni sy nak citer pasal sesuatu yg dikira janggal tp berlaku di dalam masyarakat. Ap yg bermain dalam fikiran teman2 pembaca ek? Mungkin aje ni mesti citer lelaki tuuut... @ Geng P*n&. Daaa! Bukan2!... Apa pun ikuti dialog di bawah:

NAJIB : Hei bro! Malam2 pun mekap baek punyer ker? siap sikat & touch up rambut lagi.. Pergh daa nak tido daa ni. Pelik betul la ko ni...

BIJAN : Alaah! suka ati ak r... ( da x tau nak jawab ap )

Najib kemudian terus lena dalam kebingungan kerana soalannya x djawab.

Hehe.. pendek jerk dialong tu. yg penting ad intraksi 2 pihak maka dialog namany.. kan2? "Betul3!" jawab Upin

Ok2! Fokus2! Balik kepada citer td...

Sebenarnya, sy nak membawakan para pembaca mendekati para lelaki metroseksual yang mana golongan ini amat mementingkan perhiasan diri, kekemasan dan kebersihan diri. Ye ker? Kalo ye, bolehkah dipraktik dalam kehidupan sehari2...boleh aje kalo ikut syarak dan tidak melampau batas.

Ada yang berpendapat metroseksual adalah satu istilah baru untuk sesuatu yang telah lama wujud. Walau apa pun, ada unsur penting dalam agama Islam yang boleh menterjemahkan sifat2 dan kriteria yang baik dari golongan ini iaitu dalam bab kesihatan dan kebersihan. Islam amat menitik berat soal kebersihan kerana Allah amat menyukai orang yang mencintai kebersihan serta menjaga kebersihan diri kerana kebersihan akan menjadikan seseorang itu lebih sihat. Kemudian, sihat itu merupakan nikmat Allah s.w.t yang amat besar nilainya dan perlu dijaga dan dipelihara.

Contoh yang paling mudah: Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Mandi itu adalah wajib ke atas umat Islam yang mana setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib basuh kepala dan jasmaninya." ( Riwayat at-Tabrani )

Dalam hadis lain pula, drp Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mengguntunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." ( Riwayat at-Tabrani )

Daripada hadis-hadis tersebut, memang sesuai bagi kita sebagai umat Islam untuk melakukan perkara tersebut, sangat-sangat dituntut dalam Islam. Semua ni memberi suatu gambaran dan kenyataan bahawa betapa Islam cakna dalam maslahah umat serta merangkumi pelbagai aspek, dari sebesar2 pekara ke sekecil2 perkara.

Bagi para Dai'e, aspek kebersihan perlu diambil perhatian dan serius mengaplikasikan saranan dan nasihat ini kerana, sebagai Dai'e perlu menunjuk peribadi yang baik, bersih lebih lagi untuk berdamping dengan mad'u (sasaran).

Ap yang nak ditekan kat sini, bagi yang duk bela bulu ketiak ker, ape ke yang tak sepatutnya dipotong... baik laa POTONG! POTONG! Bimbang jadi sarang makhluk halus... So, bertindak sebelum terlambat!
Jazakallahu Khairan Jazak! 






Followers

Total Pageviews