Oct 19, 2010

Ayat Suci, Rukyah, Syifa'

|





Assalamualaykum,

Update design baru wallpaper destop... dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Qur'an, Selawat Syifa', Bismillah 6, Ayat 1000 Dinar, Ayatul Qursi dan berlatar belakang ayat Qur'an format lama ( Kufic Wording ) + Struktur molekul zam-zam.

Jadikan segala-gala di sekeliling anda inspirasi menujuNya...
Jazakallahu khairan jazak...
Barakallahu fik..


Oct 5, 2010

Kenape di Bandaraya Islam Tiada Gagak?!

|





 
 
Assalamualaikum,

Pernahkah teman hai sang pembaca setia, berkunjung ke Kelantan? Sebuah wilayah yang digelarkan Bandaraya Islam oleh Kepimpinan Ulama' Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Negeri ini cukup indah dengan panggilan Serambi Mekah yang bukan sekadar panggilan dan gelaran semata, tetapi hakikat negeri ini yang kaya dengan khazanah ilmu agama, adat dan santun baik dari sekecil-kecil perkara hingga ke sebesar-besar perkara. Menarik lagi, setiap hujung minggu, Menteri Besar merangkap Mursyidul Am PAS, Yang Amat Berhormat Tuan Guru mengadakan tazkirah dan kuliah agama yang dihadiri oleh hadirin dari segenap pelusuk tempat. Tiada lagi saya dengar di negeri lain di Malaysia, perdana menterinya atau menteri besarnya mengadakan kuliah sedemikian. Begitulah sekadar pendahuluan bicara kali ini.


 
 

Jadi, terdetik persoalan seperti perkara tajuk. "Kenapa ya tiada burung gagak seperti di tempat lain?" Apa puncanya, persoalan demi persoalan timbul dan terpatri di minda...

Setelah memerhati dan mengkaji perkara ini. Terpancar di benak pemikiran bahawa si burung gagak sangat suka makan sisa buangan dan bangkai. Ternyata di tempat yang mempunyai perindustrian yang tidak terkawal dan kapasiti penduduk yang tidak bertanggungjawab menjadi pembiak kepada pertumbuhan dan subur segarnya si burung gagak. Ternyata di sini, burung gagak akan 'menetap' di kawasan yang KOTOR dan BUSUK.

Sebelum ini kita pernah juga mendengar, si burung gagak membawa malang dan sial. Tapi hakikatnya mereka membersihkan kawasan tercemar yang mana di cemari oleh TANGAN-TANGAN Si Manusia yg ALPA & LUPA diri. Seperti juga kejadian lalat, kita boleh tau bahawa seseorang yang tidak membersihkan diri mudah dihinggapi laat. Jadi, kalau dah banyak burung gagak tu, maknanya wilayah atau kawasan tersebut KOTOR. Oleh itu, manusia yang pelupa itu haruslah sentiasa diperingat, walau dikiaskan sebagai "Sekali Ketuk, Sekali Jalan". Biarlah sering kali diketuk demi menjaga kestabilan pelbagai unsur yang merangkumi cara hidup individu mahupun masyarakat , baik sosial, ekonomi, politik dan lain-lain.

Turut ingin di ketengahkan peranan pemimpin dalam hal ini, masing-masing boleh fikir sendiri apa peranannya.... seperti dalam konsep Islam "الناس على الدين ملوكهم" , yang bermaksud, "Rakyat/manusia akan terikut-ikut dengan agama/cara hidup pemimpin mereka".  




 

Followers

Total Pageviews