Nov 13, 2010

Kesihatan & Wewangian

|

Assalamualaikum,

Entri kali ini berkisar tentang kesihatan yang merangkumi fizikal dan rohani yang disandarkan pada penggunaan wewangian atau bauan harum. Secara semula jadinya, fitrah manusia adalah mengidam, menyukai akan wangi-wangian seperti yang dinyatakan dalam kitab Tib An-Nabi ( Kitab berkaitan berubat mengikut nabi ).

Sesungguhnya bau wangi merupakan santapan roh, sedangkan roh adalah pusat stamina. Seterusnya, stamina akan meningkat dengan wewangian. Memang mudah diterima akal kerana bau wangi dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ tubuh bahagian dalam, menggembirakan hati dan menyenagkan jiwa serta memberi kesegaran rohani.

Wewangian adalah sesuatu yang paling sesuai dan serasi dengan roh. Hubungan antara wewangian dengan jiwa yang baik amatlah erat sekali. Wewangian juga merupakan salah satu dari dua perkara yang disukai oleh Nabi dari perkara dunia, mudah-mudahan selawat dan salam dilimpahkan ke atas baginda.

Di dalam kitab Shahih Al Bukhari disebutkan: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w tidak pernah menolak wewangian." Adapun dalam Shahih Muslim disebutkan:

Maksud:
"Sesiapa yang diberi wewangian, janganlah ia menolaknya, sebab wewangian itu semerbak baunya dan mudah dibawa ke mana-mana."

Manakala dalam Musnad Al-Bazzar, dari Nabi s.a.w diriwayatkan bahawa baginda s.a.w bersabda:

Maksud:
"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan, Maha Bersih dan menyukai kebersihan. Maha  Mulia dan menyukai kemuliaan, Maha Pemurah dan menyukai kemurahan. Bersihkanlah teras dan halaman rumah kamu, janganlah kamu menyerupai orang-orang Yahudi yang biasa menyimpan akba (sampah) di rumah-rumah mereka."

Wewangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya manakala syaitan-syaitan amat membencinya, sebab yang paling disukai oleh syaitan adalah bau busuk dan menjijikkan. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung dengan apa yang disukainya.

Oleh itu, kita perlu menghadirkan diri kita dalam keadaan yang bersih, kemas dan wangi begitu juga dengan persekitaran tidak kira lelaki atau wanita selagi ia bergelar Muslim dan Muslimah (golongan yang berserah kepada Allah yang Maha Esa).

Jazakallahu khairan jazak...

1 comments:

Anonymous said...

Hello my friend, thank you very much for the visit, happy weekend with happiness and peace. Hugs Valter.

Followers

Total Pageviews