Nov 10, 2010

PRU 13 !!!

|

Pilihan Raya Umum : Bakal menjelma di arena transformasi Malaysia
Persoalan: Perlu ke pergi mengundi? Bila nak bersatu? Di manakah peranan  kita?


Assalamualaikum,


Sayup-sayup kedangaran khabar-khabar tentang PRU yang bakal menjelma... sebelum membincang persoalan di atas. Mahu tanya dulu, bagi yang dah cukup umur 21, da daftar mengundi ke belum? Haaa... daftar dulu laa bagi yang belum.


Di Malaysia, kita mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen.Dalam Islam boleh ke? Timbul lagi persoalan... fuh, banyak betul soalan ye... nak tau jawapan kena baca buku atau tanya laa ulama' atau orang yang arif berkenaannya. Salah rujukan, nahas diri sendiri. Jadi hati-hati. Berkaitan isu Islam dan  Demokrasi telah dihadam dan di terbitkan buku oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang memiliki ijazah B.A (Syariah) dari Unviversiti Islam Madinah dan Ijazah M.A (Siyasah Syariah) dari Universiti al-Azhar melalui buku Islam dan Demokrasi. buku ini membincangkan dan menerangkan persoalan seperti Apakah politik daripada kaca mata Islam? Wujudkah demokrasi dalam Islam? Adakah sama demokrasi barat dan demokrasi Islam? Apakah Islam menerima demokrasi sebagai salah satu sistem politik? Bagaimanakah pandangan Islam berkaitan dengan pilihan raya?


Ajaran Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan. Apatah lagi politik. Bermula dari era kebangkitan dunia barat, konsep demokrasi diperkenalkan. Namun begitu, sejauh manakah ciri-ciri demokrasi kini selari dengan sistem politik Islam yang bermula di Madinah pada tahun 622 Masihi?


Jadi rentetan sejarah perlu kita hadam dan faham, kita lihat bagaimana pembinaan Empayar Islam yang luas dari seorang peribadi mulia, junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Baginda telah meninggalkan kita dua perkara yang mana jika kita mengambilnya dan mengamalkannya, nescaya kita tidak akan tersesat iaitu Al-Qur'an dan Sunnahnya. Jadi rentetan sirah dan juga panduan dari Al-Qur'an telah menyatakan segalanya, tinggal lagi untuk kita mencari, membaca, berguru, memahami, menghadam dan menyampaikannya.


Terdapat lagi buku yang membincangkan perkara yang seiras tapi dari kondusi yang berbeza dan lebih luas. iaitu Sistem Politik Islam. buku ini dikarang oleh Dr. Khalid Bin Ali Bin Muhammad Al -Anbariy yang merupakan seorang pensyarah bertaraf Professor Madya di Universiti 'Ajman. Beliau juga berkhidmat di Universiti al-Malik Su'ud sebelum itu. Pendekatan beliau lebih menjurus kepada manhaj 'salafiy'. Dalam kitab-kitab karangan beliau sebelum ini, jelas menunjukkan beliau berpandukan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis beserta dengan takhrijnya. Ini menunjukkan beliau mengikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Dalam buku Sistem Politik Islam ini menghuraikan prinsip pemerintahan sebuah negara Islam. Ini bermula dengan sejarah penubuhan negara Islam pertama di Madinah oleh Rasulullah S.A.W diikuti dengan ciri-ciri, tujuan dan kaedah politik Islam itu sendiri.


POLITIK ISLAM  BERMAKSUD MEMERINTAH DENGAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH S.W.T DI DALAM AL QURAN DAN SUNNAH NABI S.A.W . KALAU BEGITU APAKAH HUKUM MEMERINTAH SESEBUAH NEGARA DENGAN HUKUM SELAIN
DARI HUKUM ALLAH?


Perkara kedua yang difokuskan ialah soal kepimpinan, peminpin. Bagaimanakah kedudukan seorang peminpin dalam Islam? Apakah syarat untuk menjadi seorang pemimpin? Bagaimanakah kaedah perlantikannya? Apakah bentuk kepimpinan yang hendak dilaksanakan?


Perkara ketiga ialah tentang tanggungjawab dan hak negara. Apakah peranan ulama dalam sebuah negara? Apa pula peranan sultan atau raja?


Perkara keempat ialah tentang rakyat atau masyarakat dan komposisinya.


Perkara terakhir ialah tentang tanah air, kekuasaan politik, perundangan, kehakiman, pelaksanaan, kementerian dan asas politik yang adil. Buku ini turut menyorot fatwa tentang politik Islam oleh mufti dan ulama' terkemuka dunia Islam.


Begitulah ringkasan dari buku-buku pilihan, jadi bagaimana? terjawabkah soalan pokok yang dinyata di kepala posting ini? atau semakin bertambah persoalan?. Apa pun sebenarnya, penulis mahu membuka minda para pembaca dan mendidik kita semua supaya berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita tidak pasti dan tidak tahu, jadi  tajuk buku pun telah disebut, nama ulama' pun sudah disebut... jadi teruslah maju mencari jawapan bagi solan-soalan yang bermain di minda.


Jazakallahu khairan jazak...




0 comments:

Followers

Total Pageviews