Jun 20, 2010

Lelaki Berdandan?! Boleh ker?!

|

Assalamualaikum...

Haa... Kali ni sy nak citer pasal sesuatu yg dikira janggal tp berlaku di dalam masyarakat. Ap yg bermain dalam fikiran teman2 pembaca ek? Mungkin aje ni mesti citer lelaki tuuut... @ Geng P*n&. Daaa! Bukan2!... Apa pun ikuti dialog di bawah:

NAJIB : Hei bro! Malam2 pun mekap baek punyer ker? siap sikat & touch up rambut lagi.. Pergh daa nak tido daa ni. Pelik betul la ko ni...

BIJAN : Alaah! suka ati ak r... ( da x tau nak jawab ap )

Najib kemudian terus lena dalam kebingungan kerana soalannya x djawab.

Hehe.. pendek jerk dialong tu. yg penting ad intraksi 2 pihak maka dialog namany.. kan2? "Betul3!" jawab Upin

Ok2! Fokus2! Balik kepada citer td...

Sebenarnya, sy nak membawakan para pembaca mendekati para lelaki metroseksual yang mana golongan ini amat mementingkan perhiasan diri, kekemasan dan kebersihan diri. Ye ker? Kalo ye, bolehkah dipraktik dalam kehidupan sehari2...boleh aje kalo ikut syarak dan tidak melampau batas.

Ada yang berpendapat metroseksual adalah satu istilah baru untuk sesuatu yang telah lama wujud. Walau apa pun, ada unsur penting dalam agama Islam yang boleh menterjemahkan sifat2 dan kriteria yang baik dari golongan ini iaitu dalam bab kesihatan dan kebersihan. Islam amat menitik berat soal kebersihan kerana Allah amat menyukai orang yang mencintai kebersihan serta menjaga kebersihan diri kerana kebersihan akan menjadikan seseorang itu lebih sihat. Kemudian, sihat itu merupakan nikmat Allah s.w.t yang amat besar nilainya dan perlu dijaga dan dipelihara.

Contoh yang paling mudah: Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Mandi itu adalah wajib ke atas umat Islam yang mana setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib basuh kepala dan jasmaninya." ( Riwayat at-Tabrani )

Dalam hadis lain pula, drp Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mengguntunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." ( Riwayat at-Tabrani )

Daripada hadis-hadis tersebut, memang sesuai bagi kita sebagai umat Islam untuk melakukan perkara tersebut, sangat-sangat dituntut dalam Islam. Semua ni memberi suatu gambaran dan kenyataan bahawa betapa Islam cakna dalam maslahah umat serta merangkumi pelbagai aspek, dari sebesar2 pekara ke sekecil2 perkara.

Bagi para Dai'e, aspek kebersihan perlu diambil perhatian dan serius mengaplikasikan saranan dan nasihat ini kerana, sebagai Dai'e perlu menunjuk peribadi yang baik, bersih lebih lagi untuk berdamping dengan mad'u (sasaran).

Ap yang nak ditekan kat sini, bagi yang duk bela bulu ketiak ker, ape ke yang tak sepatutnya dipotong... baik laa POTONG! POTONG! Bimbang jadi sarang makhluk halus... So, bertindak sebelum terlambat!
Jazakallahu Khairan Jazak! 






0 comments:

Followers

Total Pageviews