Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Allahu 'Alam...
Hafal Quran Bolehkah Memberi Syafaat?
Benarkah org yg menghafal Quran boleh bagi syafaat kat sekian-sekian ahli keluarga dia?kalau betul apa nasnya dan brp org yg dia boleh beri syafaat tu?
-----
Alhamdulillah,
Memang terdapat beberapa hadith yang membicarakan persoalan orang yang hafiz Al-Quran akan diberi syafaat kepadanya dihari akhirat kelak. Menurut pensyarah Fiqh Muqaran (perbandingan) di Universiti Al-Azhar, Dr Ahmad Taha Rayyan :
فمن جمع القرآن فحفظه عن ظهر قلب، ثم داوم على تلاوته، والعمل به في حياته حتى لقي ربه، فإنه ينال هذه الدرجة الرفيعة، كما يكون سببًا لرفعة درجة والديه اللذين كانا سببًا في حفظه للقرآن، فقد روى سهل بن معاذ عن أبيه ـ رضي الله عنهما ـ أن رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ قال: "من قرأ القرآن وعمل به ألبس والداه تاجًا يوم القيامة، ضوؤه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا، فما ظنكم بالذي عمل بهذا؟ رواه الحاكم وصححه ورواه أبو داود.
"maka barangsiapa yang mengumpul Al-Quran dan menghafalnya didalam hati, kemudian sentiasa membacanya, dan mengamalkan didalam penghidupannya sehingga ia bertemu dgn Allah swt, maka sesungguhnya ia akan mendapat darjat tertinggi, sebagaimana menjadikan sebab mendapatkan darjat tinggi kepada bapanya, yang menjadi sebab di menghafal Al-Quran, telah diriwayatkan oleh Sahl bin Mu'aaz dari bapanya ra. sesungguhnya Nabi saw bersabda :
'Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya, dengan iaitu bapanya akan memakai mahkota di hari Kiamat, cahayanya lebih baik dari cahaya matahari di rumah dunia, apakah keraguan kamu dengan amalan ini?' - [Hadith riwayat Al-hakim dan Shahih; dan riwayat Abu Daud]."
Dari kenyataan Dr Ahmad Taha diatas, barangsiapa yang hafal dan mengamalkan Al-Quran didalam penghidupannya, maka Allah akan meningkatkan martabatnya dan bapanya dihari akhirat kelak. Didalam Sahih Muslim, Nabi saw bersabda :
اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه
"Kamu bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya apabila tiba hari kiamat ia akan memberi syafaat kepada sahabatnya"
Dan didalam hadith Nabi saw yg lain, baginda bersabda :
القرآن شافع مشفع وماحل مصدق، من جعله أمامه قاده إلى الجنة، ومن جعله خلفه ساقه إلى النار. أخرجه ابن أبي شيبة في المصنف، وصححه الألباني في صحيح الجامع الصغير.
"Syafaat Al-Quran adalah orang tengah dan apa yg datang dari orang yang mempercayai, dan barangsiapa yang menjadikannya didepan, maka ia akan membawa kepada syurga, dan barangsiapa yang menjadikannya dibelakang, maka ia akan membawa ke neraka" - [Hadith dikeluarkan oleh Abi Syaibah didalam Al-Musnad, dan disahihkan oleh Al-Albani didalam Al-Jaami' Al-Saghir].
Kini timbul persoalan, berapakah orang yang boleh seorang yang hafiz Al-Quran memanjangkan syafaat Al-Quran itu? Contoh pertanyaan seperti hadith yang mengatakan boleh memanjangkan syafaat Al-Quran kepada 70 orang ahli keluarga, tidaklah diketahui akan kewujudan hadith tersebut. Didalam sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Al-Tirmudzi, Ibn Majah dan Ahmad mengenai seorang hafiz boleh memanjangkan syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya, sanadnya daif.
Persoalan berapa jumlah, cara bagaimana syafaat itu, kesemua ini adalah perkara ghaibiyat. Ia hanya boleh dijelaskan dengan wahyu semata-mata. Dr Abdullah Al-Faqih didalam membicarakan mengenai hadith syafaat Al-Quran mengatakan bahawa :
.
فقد صحت الأحاديث الكثيرة في شفاعة القرآن يوم القيامة لأصحابه العاملين به ، كما صحت الأحاديث بشفاعة الصالحين ، وحافظ القرآن إن كان ممن يعمل به ويقف عند حدوده فلن يحرم ـ إن شاء الله ـ هذه الشفاعة، ولكن تخصيص عدد مخصوصٍ مشفوع له وكيفية هذه الشفاعة؟ كل ذلك يحتاج إلى نصوص ثابتة عن النبي صلى الله عليه وسلم، لأنه لا طريق للعلم بشيء من الغيب إلا بالوحي
"Terdapat banyak riwayat shahih mengenai syafaat Al-Quran di hari Kiamat kepada sahabat dan pengamalnya, sebagaimana sahnya hadith-hadith syafaat orang-orang saleh, dan hafiz Al-Quran jika ia mengamalkannya dan berhenti ketika hadnya, tidak sekali-kali di haramkan - dengan izin Allah - dari mendapat Syafaat ini. Akan tetapi mengkhususkan bilangan yang dikhususkan untuk mendapat syafaatnya, kesemua keinginan tersebut perlu ditsabitkan dari Nabi saw, kerana sesungguhnya tidak ada cara dari ilmu apa-apa sekalipun mengenai perkara ghaib melainkan wahyu."
Kesimpulan yg boleh kita buat ialah, wujud hadith-hadith shahih yang membicarakan mengenai syafaat Al-Quran kepada para-para hafiz yang mengamalkannya. Cuma hadith-hadith shahih ini tidak membicarakan berapa jumlah yang disyafaatkan dan cara bagaimana syafaat itu berlaku, kerana ini merupakan perkara ghaib yang manusia tidak tahu melainkan yang telah diwahyukan. wallahu'alam.
wassalam
========
Rujukan :
1. Dr Ahmad Taha Rayyan. شفاعة القرآن لأهله يوم القيامة. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=75172
2. Dr Abdullah Al-Faqih. أنواع الشفاعة في الآخرة. url : http://www.islamweb.net/web/fatwa.showSingleFatwa?FatwaId=34463
0 comments:
Post a Comment