Thanx for the awards! =D This is the very first time ever in Blogging World, I got awards. Besides, I always get acknowledgment and LOVE by my beloved readers and fellow bloggers whose always SUPPORT me and spend time together in bWalkin' , sharing and all the things around here that makes me so happy... Anyway I'm not planning to give 'speech' here... kua2! ;| , Just wanna share my feeling and represent my "Thanx! & smile =)" to U C H I and K i La altogether "You" who read this entry ... Well, tonite, got other things to do, catch up with me later k... please be free to visit and share something here =) T H A N K S F O R Y O U R S U P P O R T |
Nov 30, 2010
Duo Combo Award! Thanx =)
Nov 29, 2010
Project Disember DJ2B - 31 blogger
السلام عليكم
Entri kali ni khas buat Cikgu Dahlia atau dikenali sebagai Kak Dahlia, pengajur projek yg. julung2 kali diadakan. Saya dan dia saling berkunjungan belum genap sebulan pun. Dalam bulan November ni laa. Hmm, walaupun tak sampai sebulan berkenalan, tapi saya rasa macam dah kenal lama sebab akak ni mudah didekati dan mudah mesra. seronok sangat... =) Gambar dekat bawah ni, adalah komen terbaru akak Dahlia di blog Neo Khilafah: alang-alang akak da ajak - "Jom Join Projek Disember DJ2B - 31Blogger" . Ape lagi... :D Jadi, diringkaskan cerite, saya nak join projek ni sebab... I: Saya masih lagi baru walaupun buat blog sejak tahun 2009, tapi baru bulan ni saya seriyes blogging dan blogwalking. Ala-ala Newbie gak laa... II: Saya jangka traffic di blog Neokhilafah akan berkurang sebab saya akan mengikuti Latihan Kem Tahunan PALAPES Darat dan program-program lain dalam masa terdekat ni. Jadi, peluang keemasanlah bagi saya untuk join projek yang boleh bantu saya untuk up traffic nanti III : Saya yakin dengan projek ni, Neokhilafah akan lebih dikenali oleh blogger2 ternama. InsyaAllah x jadi masalah bagi DJ sebab DJ adalah otai blog, bukti nyer follower da lebih 2000 ... x caye gi laa tengok. Klik butang ni |
Nov 26, 2010
Neo Pet S01E01
السلام عليكم
Animasi flash dalam entri kali ni adalah bertujuan untuk melakukan percubaan dan promosi blog secara tidak langsung. Sebelum ini, saya sudah biasa bermain-main dengan aplikasi flash nie... tapi setelah sekian lama, timbul pula idea untuk menghsilkan animasi pendek untuk dijadikan salah satu kelainan dalam entri di blog ni. Untuk bahan multimedia seperti template, design dan seumpamanya, saya da sediakan di blog alternatif, http://www.royal-d-sire.blogspot.com. Jadi, flash ni sebagai catalist atau pemangkin untuk menambahkan ‘masyuk’ blog Neo Khilafah NeoPet ni berkisar tentang binatang ternakkan sayer... bukan ternakkan, peliharaan... Si kura-kura. Ada 2 ekor, betina sekor, jantan sekor... Nama pun x letak. Ntah kenape yep. Kalo letak nama Air-Knot ngan Air-Tone okey tak? Mcm aircond lak... sesuai sangat dengan sifatnya sebagai reptilia yang berdarah sejuk... Air-Knot dan Air-Tone dilakonkan sebagai aset ketenteraan yang dilatih untuk menjadi perisik bagi tujuan tertentu... bermulalah latihan dia dengan pelajaran atau tugasan pertama dengan objektif : Tajamkan IQ Memang sengal! Kura-kura tajamkan IQ makan Chipsmore...ngeee. Ye la, kan coklat chip tu ada estrak perangsang otak... (jgn pandai2 lak bagi, hehe... kan tiba2 menyanyi si kura2 tue) . Saya pun x pernah bagi... sekadar lakonan je animasi flash tue. Untuk kualiti, memang x boleh nak disangkal lagi, memang low giler laa... lebih lagi ada tayang muke sendiri.... hihii... utk tujuan identity je... akan datang, untuk episode seterusnya mungkin hadir dalam elemen lain. Ape pun komen je nanti, nak tengok feedback... cakap ape aje untuk penambah baikkan... Mohon maaf terlebih dahulu sebab penggunaan broken english dalam entri dan clip animasi :D |
NeoPet Season 1 Episode 1
Nov 23, 2010
Nov 21, 2010
Antara 2 Media
Assalamu'alaikum,
Dinar Emas Kelantan
Dinar emas mampu henti perang mata wang - Dr. Mahathir
KUALA LUMPUR Nov. 1 - Kerajaan di seluruh seharusnya menimbangkan penggunaan dinar emas bagi menghentikan perang mata wang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.Beliau berkata, penyusutan dolar AS mewujudkan masalah bagi negara-negara memandangkan mereka perlu menurunkan nilai mata wang mereka bagi mengatasi kerugian daya saing.
"Jika setiap negara menurunkan nilai mata wangnya, akan ada perang mata wang dan sudah tentu, akan menyumbang kepada krisis,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Dunia Pertama Mengenai Riba di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, emas mempunyai nilai intrinsik dan oleh itu merupakan nilai yang lebih baik berbanding mata wang. - Bernama
Nov 18, 2010
Wallpaper PRU
Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Neo Khilafah™. Sebelum ni saya pernah poskan entri tentang PRU (Link) dan kali ini saya mahu 'straight to da point' tentang hakikat yang terbuku di benak fikiran. Apa ya? saya tidak tahu di mana mahu mulakan tapi, macam biasa, 'A Picture Explain Thousand Words'. Sitcom : Pelajaran Peta yg di'coat' oleh somebody... :P
Tentera : Skarang kita akan perhatikan peta, yg bewarna HIJAU menunjukkan kawasan tmbuh2an ,
termasuk semak atau hutan juga menunjukkan kawasan daratan bagi peta berskala besar...
dibahagian bawah peta ada skala ....bla-bla
termasuk semak atau hutan juga menunjukkan kawasan daratan bagi peta berskala besar...
dibahagian bawah peta ada skala ....bla-bla
Seseorang itu: Kenapa banyak sangat warna HIJAU...ish sakit la mata..
Tentera: Nah, amik peta ni penuh warna BIRU... mesti ko suka kan...
Seseorang itu: Bak sini... baik punye laa ( skali, bila tengok peta tu...)
Nov 16, 2010
Mubarak Eidul Adha + PSM1
Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya Aidil Adha dari Neo Khilafah™. Teman2 pembaca serta blogger mesti balik kampungkan? saya... x balik Kelate sebab sebab parent ckap x yah blik, prepare utk 3 lagi paper for final lepas raya ni... X sedih sangat sebab da biase x blik Raya Haji sebelum ni sebab ada Latihan PALAPES. Beza sikit je laa kali ni. "Be Strong k... " - pujuk diri...hehe. anyway adik pun ada d UTM gak... so ok laa
Sebenarnya, pada detik ini skang ni ramai Muslim yang sedang menunaikan ibadah haji yg hanya boleh dilakukan ditempat2 tertentu, masa yang tertentu dan aturan yang tertentu. Jadi, sangat2 berkaitan dengan diri ini... Kenapa ek?Adha - Adhwa?...
Sebenarnya, pada detik ini skang ni ramai Muslim yang sedang menunaikan ibadah haji yg hanya boleh dilakukan ditempat2 tertentu, masa yang tertentu dan aturan yang tertentu. Jadi, sangat2 berkaitan dengan diri ini... Kenapa ek?
Nov 14, 2010
Jom Santai!
Assalamualaikum,
Entri kali ni, saya nak buat kelainan sedikit... ye laa... di samping blogwalkin’ boleh laa berehat sebentar untuk menonton filem komedi best yang bertajuk Despicable Me. Pergh... memang lawak la wei. Dapat suggestion dari seorang teman yg sedang practical di KL-TQ bro... Memang best laa, nak pecah perut! Tak nak citer panjang... hehe. Download laa dari link di bwah. Sengaja split 8 fail bab beso sangat, so korang pandai2 laa nak cantum. "Psssst" : tips – extract guna WinRAR.
Tersebut al Kisah Despicable Me (Aku yg Tercela - ala2 direct translate..hehe)
Di pinggiran kota bahagia dikelilingi oleh pagar kayu putih dengan bunga mawar semak-semak, terdapat sebuah rumah hitam dengan rumput mati. Tanpa diketahui para tetangga, yang tersembunyi di bawah rumah ini adalah tempat persembunyian rahsia besar. Dikelilingi oleh pasukan pelayan kenit dan Big Boss mereka, Gru, merancang kecurian terbesar dalam sejarah dunia. Dia akan mencuri bulan. (Ya, bulan!) Gru senang dalam segala hal jahat. Berbekal kelengkapannya menyusut sinar, sinar beku, dan kenderaan tempur-siap untuk darat dan udara, dia berhasil membunuh semua orang yang berdiri di jalan. Sampai suatu masa dia bertemu akan sangat besar dari tiga gadis yatim kecil yang melihat dia dan melihat sesuatu yang tidak ada orang lain yang pernah melihat: seorang ayah yang berpotensi. penjahat yang terbesar di dunia baru saja bertemu cabaran terbesar: tiga gadis kecil bernama Margo, Edith dan Agnes.
Download Link:
Nov 13, 2010
Kesihatan & Wewangian
Entri kali ini berkisar tentang kesihatan yang merangkumi fizikal dan rohani yang disandarkan pada penggunaan wewangian atau bauan harum. Secara semula jadinya, fitrah manusia adalah mengidam, menyukai akan wangi-wangian seperti yang dinyatakan dalam kitab Tib An-Nabi ( Kitab berkaitan berubat mengikut nabi ).
Sesungguhnya bau wangi merupakan santapan roh, sedangkan roh adalah pusat stamina. Seterusnya, stamina akan meningkat dengan wewangian. Memang mudah diterima akal kerana bau wangi dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ tubuh bahagian dalam, menggembirakan hati dan menyenagkan jiwa serta memberi kesegaran rohani.
Wewangian adalah sesuatu yang paling sesuai dan serasi dengan roh. Hubungan antara wewangian dengan jiwa yang baik amatlah erat sekali. Wewangian juga merupakan salah satu dari dua perkara yang disukai oleh Nabi dari perkara dunia, mudah-mudahan selawat dan salam dilimpahkan ke atas baginda.
Di dalam kitab Shahih Al Bukhari disebutkan: "Bahawasanya Rasulullah s.a.w tidak pernah menolak wewangian." Adapun dalam Shahih Muslim disebutkan:
Maksud:
"Sesiapa yang diberi wewangian, janganlah ia menolaknya, sebab wewangian itu semerbak baunya dan mudah dibawa ke mana-mana."
Manakala dalam Musnad Al-Bazzar, dari Nabi s.a.w diriwayatkan bahawa baginda s.a.w bersabda:
Maksud:
"Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan menyukai keindahan, Maha Bersih dan menyukai kebersihan. Maha Mulia dan menyukai kemuliaan, Maha Pemurah dan menyukai kemurahan. Bersihkanlah teras dan halaman rumah kamu, janganlah kamu menyerupai orang-orang Yahudi yang biasa menyimpan akba (sampah) di rumah-rumah mereka."
Wewangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya manakala syaitan-syaitan amat membencinya, sebab yang paling disukai oleh syaitan adalah bau busuk dan menjijikkan. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung dengan apa yang disukainya.
Oleh itu, kita perlu menghadirkan diri kita dalam keadaan yang bersih, kemas dan wangi begitu juga dengan persekitaran tidak kira lelaki atau wanita selagi ia bergelar Muslim dan Muslimah (golongan yang berserah kepada Allah yang Maha Esa).
Jazakallahu khairan jazak...
Nov 10, 2010
PRU 13 !!!
Persoalan: Perlu ke pergi mengundi? Bila nak bersatu? Di manakah peranan kita?
Assalamualaikum,
Sayup-sayup kedangaran khabar-khabar tentang PRU yang bakal menjelma... sebelum membincang persoalan di atas. Mahu tanya dulu, bagi yang dah cukup umur 21, da daftar mengundi ke belum? Haaa... daftar dulu laa bagi yang belum.
Di Malaysia, kita mengamalkan sistem politik demokrasi berparlimen.Dalam Islam boleh ke? Timbul lagi persoalan... fuh, banyak betul soalan ye... nak tau jawapan kena baca buku atau tanya laa ulama' atau orang yang arif berkenaannya. Salah rujukan, nahas diri sendiri. Jadi hati-hati. Berkaitan isu Islam dan Demokrasi telah dihadam dan di terbitkan buku oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang memiliki ijazah B.A (Syariah) dari Unviversiti Islam Madinah dan Ijazah M.A (Siyasah Syariah) dari Universiti al-Azhar melalui buku Islam dan Demokrasi. buku ini membincangkan dan menerangkan persoalan seperti Apakah politik daripada kaca mata Islam? Wujudkah demokrasi dalam Islam? Adakah sama demokrasi barat dan demokrasi Islam? Apakah Islam menerima demokrasi sebagai salah satu sistem politik? Bagaimanakah pandangan Islam berkaitan dengan pilihan raya?
Ajaran Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan. Apatah lagi politik. Bermula dari era kebangkitan dunia barat, konsep demokrasi diperkenalkan. Namun begitu, sejauh manakah ciri-ciri demokrasi kini selari dengan sistem politik Islam yang bermula di Madinah pada tahun 622 Masihi?
Jadi rentetan sejarah perlu kita hadam dan faham, kita lihat bagaimana pembinaan Empayar Islam yang luas dari seorang peribadi mulia, junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Baginda telah meninggalkan kita dua perkara yang mana jika kita mengambilnya dan mengamalkannya, nescaya kita tidak akan tersesat iaitu Al-Qur'an dan Sunnahnya. Jadi rentetan sirah dan juga panduan dari Al-Qur'an telah menyatakan segalanya, tinggal lagi untuk kita mencari, membaca, berguru, memahami, menghadam dan menyampaikannya.
Terdapat lagi buku yang membincangkan perkara yang seiras tapi dari kondusi yang berbeza dan lebih luas. iaitu Sistem Politik Islam. buku ini dikarang oleh Dr. Khalid Bin Ali Bin Muhammad Al -Anbariy yang merupakan seorang pensyarah bertaraf Professor Madya di Universiti 'Ajman. Beliau juga berkhidmat di Universiti al-Malik Su'ud sebelum itu. Pendekatan beliau lebih menjurus kepada manhaj 'salafiy'. Dalam kitab-kitab karangan beliau sebelum ini, jelas menunjukkan beliau berpandukan ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis beserta dengan takhrijnya. Ini menunjukkan beliau mengikut aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Dalam buku Sistem Politik Islam ini menghuraikan prinsip pemerintahan sebuah negara Islam. Ini bermula dengan sejarah penubuhan negara Islam pertama di Madinah oleh Rasulullah S.A.W diikuti dengan ciri-ciri, tujuan dan kaedah politik Islam itu sendiri.
POLITIK ISLAM BERMAKSUD MEMERINTAH DENGAN PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN ALLAH S.W.T DI DALAM AL QURAN DAN SUNNAH NABI S.A.W . KALAU BEGITU APAKAH HUKUM MEMERINTAH SESEBUAH NEGARA DENGAN HUKUM SELAIN
DARI HUKUM ALLAH?
Perkara kedua yang difokuskan ialah soal kepimpinan, peminpin. Bagaimanakah kedudukan seorang peminpin dalam Islam? Apakah syarat untuk menjadi seorang pemimpin? Bagaimanakah kaedah perlantikannya? Apakah bentuk kepimpinan yang hendak dilaksanakan?
Perkara ketiga ialah tentang tanggungjawab dan hak negara. Apakah peranan ulama dalam sebuah negara? Apa pula peranan sultan atau raja?
Perkara keempat ialah tentang rakyat atau masyarakat dan komposisinya.
Perkara terakhir ialah tentang tanah air, kekuasaan politik, perundangan, kehakiman, pelaksanaan, kementerian dan asas politik yang adil. Buku ini turut menyorot fatwa tentang politik Islam oleh mufti dan ulama' terkemuka dunia Islam.
Begitulah ringkasan dari buku-buku pilihan, jadi bagaimana? terjawabkah soalan pokok yang dinyata di kepala posting ini? atau semakin bertambah persoalan?. Apa pun sebenarnya, penulis mahu membuka minda para pembaca dan mendidik kita semua supaya berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita tidak pasti dan tidak tahu, jadi tajuk buku pun telah disebut, nama ulama' pun sudah disebut... jadi teruslah maju mencari jawapan bagi solan-soalan yang bermain di minda.
Jazakallahu khairan jazak...
Subscribe to:
Posts (Atom)