Jun 28, 2010

Ceramah Isra' Mikraj Antara Iman & Kufur ( X-klusif )

|
Assalamu’alaikum...







URL To Youtube: http://www.youtube.com/watch?v=g1CoALmsCTg

Pendedahan ekslusif dari Neokhilafah, semalam 14 Rejab 1431 bersamaan 27 Jun 2010 di Masjid Mutiara Rini, JB telah diadakan Ceramah Israk Mikraj Antara Iman & kufur yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zamihan Bin Mat Zin Al-Ghori ( JAKIM ) .

Dalam Ceramah tersebut, diceritakan tentang sirah agung , Peristiwa Isra’ Mikraj yang di hujah dari sudut keimanan dan kaitan dengan aqidah umat Islam. Beliau turut mendedahkan hal tentang bagaimana Jibril mengelakkan spekulasi oleh kaum musyrukin ke atas Nabi Muhammad dengan bertamu ke rumah Rasulullah melalui bahagian atap rumah Rasulullah. Dari titik ini... Al-Fadhil ustaz turut ingin berkongsi SPEKULASI yang berlaku ke atas beliau, yang juga akhir-akhir ini beliau diburu pelbagai pihak dan hangat di ruang media Malaysia.

Petikan ceramah :
Pembohongan media ke atas Ustaz Zamihan Mat Zin..."Saya x sebut pun Dato' Shahidan Kassim... Tuan Guru Hj Hadi... Dr. Juanda... " , - Spekulasi ke atas Ustaz Zamihan

Perkongsian ini bertujuan untuk kita sama-sama mencari titik dan jalur penyelesaian berkaitan isu-isu semasa serta memulihkan hubungan pelbagai pihak yang bergolak di Malaysia terutama melibatkan pemimpin negara, ulama’, rakyat dan sesiapa sahaja.

Turut dimuatkan dalam entri kali ini dengan ceramah penuh yang baoleh dimuat turun melalui link yang disediakan di bawah

(P/s: Kualiti kilp rendah kerana dirakam melalui telefon mobil) 

Jazakallahu Khairan Jazak


Muat Turun Klip Ceramah Sepenuhnya Di Bawah










"Ke Arah Menuju Perpaduan & Persefahaman Melalui Pemikiran Rasional Berlandaskan Sumber Islam"

Jun 27, 2010

Beradab Vs Biadab Dalam Bicara

|




Assalamualaikum...

Entry kali ni, bernada tegas kerana akhir2 ini, Editor dapati masalah ketandusan akhlak...Err... Mungkin teruk jika katakan tandus tapi hakikatnya begitulah apabila ramai yang bertindak liar...LIAR! Tidak mengira usia, kepakaran termasuk juga para bijak pandai agama yang mudah melatah dalam keadaan yang tidak sedar. Tidak kira di ruang mana pun... di pentas, di belakang pentas, cakap2 belakang, depan2, FACEBOOK, BLOG, persidangan atau di mana sahaja yang menjadi medium bualan, gurauan, hujah, debat...

Dua mingggu lepas, Editor amat tertarik dengan pengisian dari risalah I Luv Islam yang pada ketika itu bertemakan 'Landskap Perkahwinan' ada menyebut dan menghurai sedikit berkaitan Adab Berbicara. Memang menjadi keharusan bagi Editor untuk berkongsi hal ini, lebih lagi bebanan cetusan idea di minda dan di hati untuk menegur sahabat dan saudara se-Islam ( tegur tanda masih ada yang SAYANG! ). Rasa sungguh sakit apabila tidak dapat mengalirkannya ke dalam ruang blog yang update jarang2 ini.

Telitikanlah setiap apa yang diungkapkan, segala kekurangan dalam perkongsian ini, Editor ucapkan jutaan kemaafan.

ADAB BERBICARA

1. Semua perbicaraan harus kebaikan, dalam hadis Nabi Muhammad SAW disebutkan: “Barangsiapa yang beriman pada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” (HR Bukhari Muslim)

2. Berbicara harus jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah ra:
“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga bisa difahami oleh semua yang mendengar.” (HR Abu Daud)

3. Seimbang dan menjauhi berlarut-larutan, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan berlagak dalam berbicara.” Maka dikatakan: Wahai Rasulullah kami telah mengetahui erti ats-tsartsarun dan mutasyaddiqun, lalu apa makna al-mutafayhiqun? Maka jawab nabi SAW:

“Orang-orang yang sombong.” (HR Tirmidzi dan dihasankannya)
4. Menghindari banyak berbicara, kerana khuatir membosankan yang mendengar, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Wa’il:
"Adalah Ibnu Mas’ud ra senantiasa mengajari kami pada setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: Wahai Abu Abdurrahman (gelaran Ibnu Mas’ud) seandainya anda mahu mengajari kami setiap hari? Maka jawab Ibnu Mas’ud : Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Rasulullah SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami" (HR Muttafaq ‘alaih)

5. Mengulangi kata-kata yang penting jika dibutuhkan, dari Anas ra bahwa adalah Nabi Muhammad SAW jika berbicara maka baginda mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda pun mengucapkan salam 3 kali. (HR Bukhari)

6. Menghindari mengucapkan yang bathil, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai ALLAH SWT yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh ALLAH SWT keredhaan-NYA bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai ALLAH SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka ALLAH SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” (HR Tirmidzi dan ia berkata hadis hasan shahih; juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

7. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan karena terlalu banyak berdebat.” (HR Ahmad dan Tirmidzi) dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Aku jamin rumah di dasar syurga bagi yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bercanda, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaqnya.” (HR Abu Daud)

8. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” (HR Tirmidzi dengan sanad shahih)

9. Menghindari banyak bercanda(bergurau), berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW: “Sesungguhnya seburuk-buruk orang disisi ALLAH SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” (HR Bukhari)

10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk, berdasarkan ayat al-quran, Al-Hujjurat:11, juga dalam hadis Nabi Muhammad SAW:
“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” (HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya) 

11. Menghindari dusta, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Tanda-tanda munafik itu ada tiga, jika ia bicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” (HR Bukhari)

12. Menghindari ghibah(mengutuk) dan mengadu domba, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW:
“Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling meng-ghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba ALLAH yang bersaudara.” (HR Muttafaq ‘alaih)

13. Berhati-hati dan adil dalam memuji, berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata: Ada seorang yang memuji orang lain di depan orang tersebut, maka berkata Nabi SAW: “Celaka kamu, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (dua kali), lalu kata baginda SAW: 

“Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga ALLAH mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun di sisi ALLAH, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” (HR Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafzh Muslim)

dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji seorang pejabat di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata: Nabi Muhammad SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar memuji. (HR Muslim)

ADAB MENDENGAR

1. Diam dan memperhatikan (ayat al-quran, Qaf:37)
2. Tidak memotong/memutus pembicaraan
3. Menghadapkan wajah pada pembicara dan tidak memalingkan wajah darinya sepanjang sesuai dengan syariat (bukan berbicara dengan lawan jenis)
4. Tidak menyela perbicaraan saudaranya walaupun ia sudah tahu, sepanjang bukan perkataan dosa.
5. Tidak merasa dalam hatinya bahwa ia lebih tahu dari yang berbicara

ADAB MENOLAK / TIDAK SETUJU

1. Ikhlas dan menghindari sifat senang menjadi pusat perhatian
2. Menjauhi ingin tersohor dan terkenal
3. Penolakan harus tetap menghormati dan lembut serta tidak meninggikan suara
4. Penolakan harus penuh dengan dalil dan taujih
5. Menghindari terjadinya perdebatan sengit
6. Hendaknya dimulai dengan menyampaikan isi benarnya terlebih dulu sebelum memberi komen yang salah
7. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat
8. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi
9. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya
10. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.

Jazakallahu Khairan Jazak...

Jun 20, 2010

Lelaki Berdandan?! Boleh ker?!

|

Assalamualaikum...

Haa... Kali ni sy nak citer pasal sesuatu yg dikira janggal tp berlaku di dalam masyarakat. Ap yg bermain dalam fikiran teman2 pembaca ek? Mungkin aje ni mesti citer lelaki tuuut... @ Geng P*n&. Daaa! Bukan2!... Apa pun ikuti dialog di bawah:

NAJIB : Hei bro! Malam2 pun mekap baek punyer ker? siap sikat & touch up rambut lagi.. Pergh daa nak tido daa ni. Pelik betul la ko ni...

BIJAN : Alaah! suka ati ak r... ( da x tau nak jawab ap )

Najib kemudian terus lena dalam kebingungan kerana soalannya x djawab.

Hehe.. pendek jerk dialong tu. yg penting ad intraksi 2 pihak maka dialog namany.. kan2? "Betul3!" jawab Upin

Ok2! Fokus2! Balik kepada citer td...

Sebenarnya, sy nak membawakan para pembaca mendekati para lelaki metroseksual yang mana golongan ini amat mementingkan perhiasan diri, kekemasan dan kebersihan diri. Ye ker? Kalo ye, bolehkah dipraktik dalam kehidupan sehari2...boleh aje kalo ikut syarak dan tidak melampau batas.

Ada yang berpendapat metroseksual adalah satu istilah baru untuk sesuatu yang telah lama wujud. Walau apa pun, ada unsur penting dalam agama Islam yang boleh menterjemahkan sifat2 dan kriteria yang baik dari golongan ini iaitu dalam bab kesihatan dan kebersihan. Islam amat menitik berat soal kebersihan kerana Allah amat menyukai orang yang mencintai kebersihan serta menjaga kebersihan diri kerana kebersihan akan menjadikan seseorang itu lebih sihat. Kemudian, sihat itu merupakan nikmat Allah s.w.t yang amat besar nilainya dan perlu dijaga dan dipelihara.

Contoh yang paling mudah: Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, "Mandi itu adalah wajib ke atas umat Islam yang mana setiap tujuh hari, satu hari daripadanya wajib basuh kepala dan jasmaninya." ( Riwayat at-Tabrani )

Dalam hadis lain pula, drp Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Lima perkara yang menjadi fitrah manusia iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mengguntunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." ( Riwayat at-Tabrani )

Daripada hadis-hadis tersebut, memang sesuai bagi kita sebagai umat Islam untuk melakukan perkara tersebut, sangat-sangat dituntut dalam Islam. Semua ni memberi suatu gambaran dan kenyataan bahawa betapa Islam cakna dalam maslahah umat serta merangkumi pelbagai aspek, dari sebesar2 pekara ke sekecil2 perkara.

Bagi para Dai'e, aspek kebersihan perlu diambil perhatian dan serius mengaplikasikan saranan dan nasihat ini kerana, sebagai Dai'e perlu menunjuk peribadi yang baik, bersih lebih lagi untuk berdamping dengan mad'u (sasaran).

Ap yang nak ditekan kat sini, bagi yang duk bela bulu ketiak ker, ape ke yang tak sepatutnya dipotong... baik laa POTONG! POTONG! Bimbang jadi sarang makhluk halus... So, bertindak sebelum terlambat!
Jazakallahu Khairan Jazak! 






Jun 13, 2010

Jejaka Kacak Yang Perlu Ku Cari?

|
Assalamualaikum,



Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
 
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
 

Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga. Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
 

Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Allahu 'Alam...

Hafal Quran Bolehkah Memberi Syafaat?

 
Benarkah org yg menghafal Quran boleh bagi syafaat kat sekian-sekian ahli keluarga dia?kalau betul apa nasnya dan brp org yg dia boleh beri syafaat tu?
-----
Alhamdulillah,
Memang terdapat beberapa hadith yang membicarakan persoalan orang yang hafiz Al-Quran akan diberi syafaat kepadanya dihari akhirat kelak. Menurut pensyarah Fiqh Muqaran (perbandingan) di Universiti Al-Azhar, Dr Ahmad Taha Rayyan :
فمن جمع القرآن فحفظه عن ظهر قلب، ثم داوم على تلاوته، والعمل به في حياته حتى لقي ربه، فإنه ينال هذه الدرجة الرفيعة، كما يكون سببًا لرفعة درجة والديه اللذين كانا سببًا في حفظه للقرآن، فقد روى سهل بن معاذ عن أبيه ـ رضي الله عنهما ـ أن رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ قال: "من قرأ القرآن وعمل به ألبس والداه تاجًا يوم القيامة، ضوؤه أحسن من ضوء الشمس في بيوت الدنيا، فما ظنكم بالذي عمل بهذا؟ رواه الحاكم وصححه ورواه أبو داود.

"maka barangsiapa yang mengumpul Al-Quran dan menghafalnya didalam hati, kemudian sentiasa membacanya, dan mengamalkan didalam penghidupannya sehingga ia bertemu dgn Allah swt, maka sesungguhnya ia akan mendapat darjat tertinggi, sebagaimana menjadikan sebab mendapatkan darjat tinggi kepada bapanya, yang menjadi sebab di menghafal Al-Quran, telah diriwayatkan oleh Sahl bin Mu'aaz dari bapanya ra. sesungguhnya Nabi saw bersabda :

'Barangsiapa yang membaca Al-Quran dan mengamalkannya, dengan iaitu bapanya akan memakai mahkota di hari Kiamat, cahayanya lebih baik dari cahaya matahari di rumah dunia, apakah keraguan kamu dengan amalan ini?' - [Hadith riwayat Al-hakim dan Shahih; dan riwayat Abu Daud]."

Dari kenyataan Dr Ahmad Taha diatas, barangsiapa yang hafal dan mengamalkan Al-Quran didalam penghidupannya, maka Allah akan meningkatkan martabatnya dan bapanya dihari akhirat kelak. Didalam Sahih Muslim, Nabi saw bersabda :

اقرءوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه

"Kamu bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya apabila tiba hari kiamat ia akan memberi syafaat kepada sahabatnya"

Dan didalam hadith Nabi saw yg lain, baginda bersabda :
القرآن شافع مشفع وماحل مصدق، من جعله أمامه قاده إلى الجنة، ومن جعله خلفه ساقه إلى النار. أخرجه ابن أبي شيبة في المصنف، وصححه الألباني في صحيح الجامع الصغير.

"Syafaat Al-Quran adalah orang tengah dan apa yg datang dari orang yang mempercayai, dan barangsiapa yang menjadikannya didepan, maka ia akan membawa kepada syurga, dan barangsiapa yang menjadikannya dibelakang, maka ia akan membawa ke neraka" - [Hadith dikeluarkan oleh Abi Syaibah didalam Al-Musnad, dan disahihkan oleh Al-Albani didalam Al-Jaami' Al-Saghir].

Kini timbul persoalan, berapakah orang yang boleh seorang yang hafiz Al-Quran memanjangkan syafaat Al-Quran itu? Contoh pertanyaan seperti hadith yang mengatakan boleh memanjangkan syafaat Al-Quran kepada 70 orang ahli keluarga, tidaklah diketahui akan kewujudan hadith tersebut. Didalam sebuah hadith yg diriwayatkan oleh Al-Tirmudzi, Ibn Majah dan Ahmad mengenai seorang hafiz boleh memanjangkan syafaat kepada 10 orang ahli keluarganya, sanadnya daif.

Persoalan berapa jumlah, cara bagaimana syafaat itu, kesemua ini adalah perkara ghaibiyat. Ia hanya boleh dijelaskan dengan wahyu semata-mata. Dr Abdullah Al-Faqih didalam membicarakan mengenai hadith syafaat Al-Quran mengatakan bahawa :
.
فقد صحت الأحاديث الكثيرة في شفاعة القرآن يوم القيامة لأصحابه العاملين به ، كما صحت الأحاديث بشفاعة الصالحين ، وحافظ القرآن إن كان ممن يعمل به ويقف عند حدوده فلن يحرم ـ إن شاء الله ـ هذه الشفاعة، ولكن تخصيص عدد مخصوصٍ مشفوع له وكيفية هذه الشفاعة؟ كل ذلك يحتاج إلى نصوص ثابتة عن النبي صلى الله عليه وسلم، لأنه لا طريق للعلم بشيء من الغيب إلا بالوحي

"Terdapat banyak riwayat shahih mengenai syafaat Al-Quran di hari Kiamat kepada sahabat dan pengamalnya, sebagaimana sahnya hadith-hadith syafaat orang-orang saleh, dan hafiz Al-Quran jika ia mengamalkannya dan berhenti ketika hadnya, tidak sekali-kali di haramkan - dengan izin Allah - dari mendapat Syafaat ini. Akan tetapi mengkhususkan bilangan yang dikhususkan untuk mendapat syafaatnya, kesemua keinginan tersebut perlu ditsabitkan dari Nabi saw, kerana sesungguhnya tidak ada cara dari ilmu apa-apa sekalipun mengenai perkara ghaib melainkan wahyu."

Kesimpulan yg boleh kita buat ialah, wujud hadith-hadith shahih yang membicarakan mengenai syafaat Al-Quran kepada para-para hafiz yang mengamalkannya. Cuma hadith-hadith shahih ini tidak membicarakan berapa jumlah yang disyafaatkan dan cara bagaimana syafaat itu berlaku, kerana ini merupakan perkara ghaib yang manusia tidak tahu melainkan yang telah diwahyukan. wallahu'alam.

wassalam
========
Rujukan :

1. Dr Ahmad Taha Rayyan. شفاعة القرآن لأهله يوم القيامة. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=75172

2. Dr Abdullah Al-Faqih. أنواع الشفاعة في الآخرة. url : http://www.islamweb.net/web/fatwa.showSingleFatwa?FatwaId=34463

Followers

Total Pageviews