Aug 27, 2009

Interaktif dan berkesan

|
Dalam posting lepas saya ada menceritakan serba sedikit tentang usrah interaktif. Usrah interaktif lebih kepada daya tarik antara naqib kepada anak usrah(a.u) atau a.u sesama a.u. Hakikatnya untuk mengikat ukhwah dalam usrah tersebut dan meningkatkan komitmen untuk terus bergiat dalam usrah.
Tujuan sebenar dan kepentingan mengadakan usrah adalah untuk membentuk komuniti yang memahami Islam dengan lebih sempurna dan praktikal. Melalui usrah juga kita dapat dapat menimbulkan persoalan dan menjawabnya melalui hasil perbincangan dan rujukan. Selain itu, dalam usrah, kita dapat berkongsi pengalaman dan isu semasa. Sebagai contoh, terdapat isu hangat yang sering kali disebut oleh umum, kemudian kita hadirkan isu-isu tersebut dalam usrah sehingga semua ahli dapat menghadam, memahami dan mengambil ibrah dari isu tersebut.
Dari sudut sirah, kita dapati Rasulullah SAW telah mengadakan usrah seperti di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam dan usrah-usrah kecil yang lain. Ini kerana melalui usrah atau perkumpulan-perkumpulan kecil mampu menyampaikan mesej dakwah Islamiyah. Kita dapat melihat dari seorang individu (Rasulullah), perkumpulan kecil (usrah dan para sahabat) seterusnya bercambah kepada kelompok yang besar iaitu Negara Islam. Dan lagi, membentuk Khilafah Islamiyah.
Negara Islam tidak terbentuk dengan mudah apatah lagi Khilafah Islamiah. Sekali agi, jika kita kembali kepada sirah, Rasulullah menolak tawaran pemimpin musyrikin Makkah untuk melantik baginda sebagai pemimpin Makkah. Hal ini kerana tawaran tersebut adalah untuk menghentikan usaha dakwah baginda. Sungguhpun begitu, Rasulullah meneriama tawaran dari penduduk Yathrib atau Madinah untuk menjadi pemimpin mereka. Seterusnya membawa kepada pembentukan Negara Islam pertama pada waktu itu. Jadi, kebijaksanaan seseorang itu sangat memainkan peranan lebih-lebih lagi seorang yang bergelar da’ie harus mengambil inisiatif yang serius dalam bab ini. Apa sebabnya, fikirkan dan jawab sendiri. Sahabat-sahabat yang bergelar naqib/da’ie pasti sudah lazim dengan persoalan-persoalan ini.
Saya cuba kaitkan usrah dan uslub atau pendekatan dalam berdakwah, kita lihat antara tanggungjawab seorang da’ie perlulah mengadakan usrah walau masih ada yang kurang cakna tentangnya. Kalau orang Terengganu kata tak cakna atau membuatkan banyak perkara terbengkalai ni, “Legheh” orang Kelantan pulak kata “Echer”. Jadi perkataan-perkataan seperti ini sememangnya tidak enak didengar. Justeru itu, sebagai naqib/da’ie, kita perlu sentiasa berusaha mengambil masa dan mengurus masa dengan sesuai supaya dapat bersama-sama ahli usrah. Ketahuilah bahawa tanggungjawab dan urusan kerja dakwah pukan untuk kepentingan sesiapa pun, tetapi dilakukan kerana Allah SWT. Sehubungan itu, wajarlah kita melakukannya bersungguh-sungguh dan sehabis baik yang mungkin.
“Man qola lailaha illallah, fahuwa da’ie” – “Sesiapa yang mengucapkan tiada tuhan melainkan Allah, maka dia adalah pendakwah”
Setiap antara kita tidak kiralah engineer, student, imam, bilal, petani, lelaki, wanita, orang dewasa, kanak-kanak dan lebih-lebih lagi pemuda yang kental jiwanya, bertenaga, bersemangat harus menyampaikan mesej dakwah ini. Rasulullah SAW bersabda :
“Ballighu anni walau ayah”
Maksud hadith: “Sampaikan dariku walau satu ayat”
Lihatlah harapan Rasulullah SAW terhadap kita yang kita kata taat, cinta dan sayang kepada Baginda. Sebaliknya kita membalas dengan seribu alasan. Jika dibahas di sini sudah tentu tidak kehabisan bab dakwah ini. Jadi saya akan menyambung topic ini dalam pertemuan seterusnya dengan suatu kisah yang dapat meruntuhkan dan menguraikan alasan-alasan seseorang yang tidak mahu menjalankan usaha dakwah yang mulia ini.
Akhir kalam, semoga Allah mengganjari kita semua dengan barokahNya dan membimbing kita sepanjang berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Wallahu a’lam...



1 comments:

Mashizaki Keikan said...

waah... gambar Ilham Nalury ada kat sini dah...

pemilik asal gambar:
http://ibnhasan.blogspot.com

Followers

Total Pageviews