Aug 27, 2009

Interaktif dan berkesan

|
Dalam posting lepas saya ada menceritakan serba sedikit tentang usrah interaktif. Usrah interaktif lebih kepada daya tarik antara naqib kepada anak usrah(a.u) atau a.u sesama a.u. Hakikatnya untuk mengikat ukhwah dalam usrah tersebut dan meningkatkan komitmen untuk terus bergiat dalam usrah.
Tujuan sebenar dan kepentingan mengadakan usrah adalah untuk membentuk komuniti yang memahami Islam dengan lebih sempurna dan praktikal. Melalui usrah juga kita dapat dapat menimbulkan persoalan dan menjawabnya melalui hasil perbincangan dan rujukan. Selain itu, dalam usrah, kita dapat berkongsi pengalaman dan isu semasa. Sebagai contoh, terdapat isu hangat yang sering kali disebut oleh umum, kemudian kita hadirkan isu-isu tersebut dalam usrah sehingga semua ahli dapat menghadam, memahami dan mengambil ibrah dari isu tersebut.
Dari sudut sirah, kita dapati Rasulullah SAW telah mengadakan usrah seperti di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam dan usrah-usrah kecil yang lain. Ini kerana melalui usrah atau perkumpulan-perkumpulan kecil mampu menyampaikan mesej dakwah Islamiyah. Kita dapat melihat dari seorang individu (Rasulullah), perkumpulan kecil (usrah dan para sahabat) seterusnya bercambah kepada kelompok yang besar iaitu Negara Islam. Dan lagi, membentuk Khilafah Islamiyah.
Negara Islam tidak terbentuk dengan mudah apatah lagi Khilafah Islamiah. Sekali agi, jika kita kembali kepada sirah, Rasulullah menolak tawaran pemimpin musyrikin Makkah untuk melantik baginda sebagai pemimpin Makkah. Hal ini kerana tawaran tersebut adalah untuk menghentikan usaha dakwah baginda. Sungguhpun begitu, Rasulullah meneriama tawaran dari penduduk Yathrib atau Madinah untuk menjadi pemimpin mereka. Seterusnya membawa kepada pembentukan Negara Islam pertama pada waktu itu. Jadi, kebijaksanaan seseorang itu sangat memainkan peranan lebih-lebih lagi seorang yang bergelar da’ie harus mengambil inisiatif yang serius dalam bab ini. Apa sebabnya, fikirkan dan jawab sendiri. Sahabat-sahabat yang bergelar naqib/da’ie pasti sudah lazim dengan persoalan-persoalan ini.
Saya cuba kaitkan usrah dan uslub atau pendekatan dalam berdakwah, kita lihat antara tanggungjawab seorang da’ie perlulah mengadakan usrah walau masih ada yang kurang cakna tentangnya. Kalau orang Terengganu kata tak cakna atau membuatkan banyak perkara terbengkalai ni, “Legheh” orang Kelantan pulak kata “Echer”. Jadi perkataan-perkataan seperti ini sememangnya tidak enak didengar. Justeru itu, sebagai naqib/da’ie, kita perlu sentiasa berusaha mengambil masa dan mengurus masa dengan sesuai supaya dapat bersama-sama ahli usrah. Ketahuilah bahawa tanggungjawab dan urusan kerja dakwah pukan untuk kepentingan sesiapa pun, tetapi dilakukan kerana Allah SWT. Sehubungan itu, wajarlah kita melakukannya bersungguh-sungguh dan sehabis baik yang mungkin.
“Man qola lailaha illallah, fahuwa da’ie” – “Sesiapa yang mengucapkan tiada tuhan melainkan Allah, maka dia adalah pendakwah”
Setiap antara kita tidak kiralah engineer, student, imam, bilal, petani, lelaki, wanita, orang dewasa, kanak-kanak dan lebih-lebih lagi pemuda yang kental jiwanya, bertenaga, bersemangat harus menyampaikan mesej dakwah ini. Rasulullah SAW bersabda :
“Ballighu anni walau ayah”
Maksud hadith: “Sampaikan dariku walau satu ayat”
Lihatlah harapan Rasulullah SAW terhadap kita yang kita kata taat, cinta dan sayang kepada Baginda. Sebaliknya kita membalas dengan seribu alasan. Jika dibahas di sini sudah tentu tidak kehabisan bab dakwah ini. Jadi saya akan menyambung topic ini dalam pertemuan seterusnya dengan suatu kisah yang dapat meruntuhkan dan menguraikan alasan-alasan seseorang yang tidak mahu menjalankan usaha dakwah yang mulia ini.
Akhir kalam, semoga Allah mengganjari kita semua dengan barokahNya dan membimbing kita sepanjang berada di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Wallahu a’lam...



Aug 20, 2009

Usrah Interaktif

|
Jadi seorang naqib bukan suatu yang mudah, memang perlu banyak persediaan. Dulu masa jadik anak usrah main-main. Bila da jadi bapak usrah da nak meraba-raba cari idea. Walau apa pun, jangan gelabah. Pertama sekali binding diri kita dengan AU ( anak usrah ) mumkin dengan ajak makan, ziarah diorang, gi riadah sama2, dan tunjukkan kita amik berat kat diorang. Pendekatan ana dalam usrah lak, setiap kali usrah mesti timbulkan persoalan dan bagi diorang teka-teki. Hmm, bagi seronok skit, bagi pikir skit...Alhamdulillah, lepas seminggu tny balik, refresh apa yang disampaikan minggu lepas. Diorang leh catch up. So ape lagik. carry on la... Dalam posting seterusnya kita akan bincang lagi lebih detail..Insya-ALLAH notis: BOLEH TEST NGAN TEKA-TEKI KAT BAWAH, UNTUK DAPATKAN GAME USRAH MENARIK MASUK KE LINK -> CREATIVE SIFOO Teka-teki Imam Al-Ghazali Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Murid 1 = " Orang tua " Murid 2 = " Guru " Murid 3 = " Teman " Murid 4 = " Kaum kerabat " Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185) Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?" Murid 1 = " Negeri Cina " Murid 2 = " Bulan " Murid 3 = " Matahari " Murid 4 = " Bintang-bintang " Iman Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama" Iman Ghazali = "Apa yang paling besar didunia ini ?" Murid 1 = " Gunung " Murid 2 = " Matahari " Murid 3 = " Bumi " Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka." IMAM GHAZALI="Apa yang paling berat didunia? " Murid 1 = " Baja " Murid 2 = " Besi " Murid 3 = " Gajah " Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah." Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini ?" Murid 1 = " Kapas" Murid 2 = " Angin " Murid 3 = " Debu " Murid 4 = " Daun-daun" Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat " Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? " Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang " Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Aug 19, 2009

“Shod Ba Ra~...”

|

Sempena menyambut Ramadhan, pelbagai persiapan dilakukan. Yang paling utama dari segi dalaman, dan yang menjadi tunggak kepada yang utama itu adalah Shod Ba Ra~, SABAR.
Maksud sabar dalam konteks amalan batin adalah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau memberontak, resah – gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidakselesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini. Kesabaran harus meliputi empat tindakan, iaitu:
1.Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat atau ibadat kepada Allah;
2.Menahan diri dari melakukan kemungkaran;
3.Memelihara diri daripada dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan;
4.Tenang / teguh hati menghadapi cubaan atau musibah;
Sabar yang demikian adalah suatu tuntutan dalam agama dan merupakan satu ibadah, malah segala ibadah itu didirikan di atas sabar, kerana dalam mengerjakan ibadah itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan. Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar dan menangani segala kesukaran dan rintangan yang dihadapi. Orang yang gagal mengawal diri dengan kesabaran tidak akan mencapai matlamat dan manfaat ibadahnya.
Antara tujuan kita disuruh mempertahankan kesabaran itu adalah:
Pertama, supaya dapat mengerjakan ibadah dengan tenteram dan dapat mencapai kesempurnaan, dzuq, seterusnya mencapai matlamatnya. Jadi, sesuai benarlah dalam bulan yang mulia ini, kita ambil peluang yang ada. Jika tidak bersabar, tekanan daripada pelbagai kesukaran atau dari padah musibah, keluh – kesah, lalu hilang pertimbangan. Keadaan ini tentulah akan mengganggu konsentrasi dan penghayatan dalam beribadah. Kadang – kadang hingga tidak dapat meneruskan ibadah.
Kedua, untuk mencapai kejayaan (kebajikan dunia dan akhirat). Antara firman Allah s.w.t tentang hal ini ialah:
“Dan kami jadikan antara mereka itu pemimpin yang memberi pertunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar”. [QS.32:24] “Mereka itulah orang-orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya (syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)”[QS.25:75] “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar itu dicukupkan ganjaran pahala mereka tanpa batas.”[QS.39:10] “Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan kamu dan siap sedia serta bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka).”[QS.3:200]
Apabila seseorang itu Berjaya mempertahankan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan di atas, maka tercapailah darjat istiqamah dan taat dengan mendapat ganjaran pahala yang besar. Orang itu akan terjatuh ke jurang maksiat.
Saidina Ali Karramallahu Wajhah r.a pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas dirimu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa. Dalam konteks menghadapi ujian (qadhak) atau musibat atau malapetaka, seseorang hamba Allah itu insya-Allah, akan berjaya mengekallan kesabarannya, jika dia sentiasa mengingati dan mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibah itu, jika hamba Allah itu sentiasa menaruh sangkaan baik terhadap Allah s.w.t.. Malah, dengan yang demikian, kesabaran dan keimanan akan bertambah teguh.
Ramadhan Hadirmu Dinanti :) Pergimu Ditangisi :(

Aug 11, 2009

Transformasi UTM

|
Assalamualaikum, Salam buat sahabat di Rangkaian Kecintaan Neo Khilafah yang sudi singgah di ‘pondok kecil yang terbina di hujung tanjung…’ Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan keizinannya dapatlah saya meneruskan penulisan setelah sekian lama beruzlah dari medan yang penuh artistik dan penuh kiasan dari pelbagai corak pemikiran. Dengan kemudahan yang ada kini, yakni kemudahan wireless yang boleh didapati dari bilik dan rasa ingin terus menyampaikan risalah Rasulullah, tak dapat tidak, medium penulisan melalui blog adalah suatu keperluan bagi saya selain penyampaian secara terus. Ini kerana hakikat penyampaian sesuatu secara terus melibatkan pertarungan masa yang selalu menghimpit peluang yang ada. Contoh termudah, hari rabu lepas, saya diberi peluang untuk menyampaikan public speaking untuk subjek Islam dan Isu-isu Semasa. Masa diberi untuk menyampaikannya hanya 3 minit. Sungguhpun dalam ruang masa yang singkat, saya cuba membawa pendengar-pendengar untuk membuka fikiran kolonisma yakni, pemikiran yang sudah terbiasa dan terdidik oleh pemikiran yang merosakkan seperti pengasingan agama dari kehidupan di dunia. Saya telah mengupas tajuk yang berkaitan teologi dan toleransi Islam terhadap umat manusia. Walaupun saya tahu dengan 3 minit yang diberi tidak memadai untuk merungkai isi-isi yang terkandung dalam buku yang menjadi rujukan , yakni A History of God yang dikarang oleh Karen Armstrong, bekas penganut agama Kristian Katolik dan buku-buku lain seperti People of The Book karangan Zachary Karabell dan karangan-karangan Sheikh Ahmed Deedat, tokoh tersohor dalam bidang perbandingan agama. Pada akhir penyampaian itu saya cuba melontarkan persoalan di benak hati para pendengar mengenai toleransi Al-Qur’an yakni penutup segala kitab atau juga The Last Testament, saya membaca maksud surah Al-Ma’idah ayat 82 : “ Demi, sesungguhnya engkau dapati manusia yang memusuhi orang-orang yang beriman, ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Demi, sesungguhnya engkau dapati orang yang lebih dekat kasih sayangnya kepada orang yang beriman ialah orang yang berkata: Sesungguhnya kami orang Kristian. Demikian itu, kerana di antara mereka (Kristian) ada alim ulama dan pendeta-pendeta, dan mereka itu tidak sombong.” ( Tafsir Mahmud Yunus ) Mengikut tafsiran tersebut (Keterangan ayat 82) : Orang-orang yang sangat memusuhi kaum muslimin adalah orang Yahudi dan orang musyrik (menyengutukan Allah swt). Orang-orang yang dekat sayangnya kepada kaum muslimin ialah orang Kristian (Masihi). Sebabnya ialah diantara orang-orang Kristian itu, ada orang-orang ahli ibadat dan pendeta-pendeta (paderi) yang memberikan pengajaran dan pendidikan kepada pengikut-pengikutnya. Apa lagi mereka itu dididik supaya bersifat rendah diri, mengasihi musuh dan memberikan pipi kiri kepada orang yang memukul pipi kanan dan sebagainya. Sebab itu, besar pengaruh pendidikan itu kepada umat Kristian sehingga mereka tidak sombong untuk menerima kebenaran. Inilah sebabnya ramai di antara orang Kristian yang memeluk agama Islam, tetapi sangat sedikit dari bangsa Yahudi. Beginilah yang terjadi semasa Nabi Muhammad s.a.w dan khalifah-khalifah baginda. Bahkan masa sekarang, kita lihat perhubungan yang baik dan persatuan yang erat kaum Muslimin dan Masihi di Mesir dan lain-lain, sebagai bukti atas kebenaran ayat Al-Qur’an ini. Adapun Peperangan Salib dahulu, antara kaum Muslimin dan Kristian, sebenarnya bukan kerana agama, melainkan kerana politik yang menggunakan agama sebagai alatnya. Begitulah usaha-usaha dalam penyampaian risalah dakwah sejak dari zaman Rasulullah sehingga kini, diteruskan oleh mata-mata rantai. Ingatlah pesanan Baginda s.a.w berbunyi: “ Balighu anni walau ayah..” yang bermaksud: “ Sampaikanlah dariku walau satu ayat..” Oleh itu, bagi memantapkan lagi mekanisma dakwah, bersama kita luaskan jaringan penyaimpaian melalui blog yang menembusi arena lain dan terbukti dengan pergolakan politik di Malaysia kini. Ketahuilah jua, kita bukan berjuang untuk kepentingan individu, pertubuhan atau apa-apa, tetapi suatu perjuangan suci dengan iringan tarbiah Islamiah untuk mencapai satu cita-cita iaitu Mardhotillah (Keredhaan Allah) Wallahu a’lam…INSYA’ALLAH… Takbir! Allahu Akbar!

Followers

Total Pageviews