May 27, 2010

Muhasabah Cinta Rasul - Jami'a Ummul Qura'

|

DOWNLOAD! Muhasabah Cinta Rasul - Jami'a Ummul Qura'
Klik jer cam biase, x yah klik kanan save as k!









Assalamualaikum,

Kaifahaluk? Alhamdulillah... Wah... lepas selamat sampai dari harramain ( 2 tanah haram )... fasih berbahasa arab yer.. hehe. Gitu r lebih kuang. Sampai kat KLIA, nak cari bilik air lelaki...hmmm.. Aina dauratul miyah lirrijal? ( kat ne ek bilik air untuk laki? ). Untuk pengetahuan pembaca Neokhilafah, entry kali nie just secebis dari memori ES-Globe'10 yang mana insya-Allah akan dipanjangkan pada masa lain.

Maklum saja la... lum jumpa family lagi ni... baru lepas kemas barang kat UTM. Esok ( 27.05.10 ) malam, btolak ke KL pastu tumpang kete kawan. Baru la sampai umah. Yang pentingnya, kat entry ni, nak kongsi skit gambar n video klip muhasabah dari Ummul Qura' ... Cinta Rasul. So jangan lepaskan peluang, download dan sebarkan... Sahabat dari Jami'a Ummul Qura' pun support usaha untuk menyebarkan video klip ni...

Apa pun terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini, secara langsung atau tidak. Lebih lagi kepada pihak pengurusan pimpinan Prof. Madya Dr. Azhar, Ustaz Ismail dan pengiring2 yang lain, sahabat2 serta teman2 kenalan baru...

Jazakallahu Khairun Jazak...


May 3, 2010

Ada Apa Dengan Cuti?

|






Assalamualaikum,

Cuti-cuti ni ape cer? Banyak masa ni... sayang tak guna sebaiknya. Ada yang siangnya membanting tulang, mencari pendapatan tambahan, malamnya untuk untuk istirehat. Alangkah cantik dan indahnya jika istirehat itu disulami atau diselangi bacaan baraqah ayatul Qur'an, Kitab suci yang dikurniakan Tuhan kepada hambaNya. Sungguh, ianya adalah kurniaan yang tiada tolok bandingnya. Susunan ayat yang indah juga menjadi bukti yang nyata, menjadi petunjuk, menjadi penyembuh(syifa'), menenangkan jiwa... 
 
Sudah beberapa surah dihafaz, namun terasa tidak lengkap tanpa menghafal kesemuanya. Dicoretkan pada blog agar menjadi rangsangan dan janji untuk meneruskan azam bukan untuk dimungkiri, bukan untuk dijadikan bahan retorik.


Justeru, tersedia tips-tips perkongsian buat teman pembaca, shobat-shohabiah...
Panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran

     Bagi guru Pendidikan Islam,  sebelum menyuruh pelajar menghafaz mana-mana ayat Al-Quran, guru hendaklah menerangkan dahulu tentang kelebihan mengahafaz Al-Quran dan kelebihan menghafaz ayat-ayat tertentu dan kenapa ayat-ayat berkenaan perlu dihafaz. Adalah tidak wajar jika guru hanya menyuruh pelajarnya menghafaz tanpa memberitahu caranya.

    Guru juga dikehendaki memberitahu pelajar tentang panduan menghafaz.  Ini bertujuan supaya proses menghafaz itu mudah dan cepat ingat serta tidak membosankan .  Di samping itu ia juga tidak mudah lupa.

A.  Adab-adab sebelum membaca/menghafaz Al-Quran.


Kerana Al-Quran kitab yang suci, jadi kita perlu muliakannya sesuai dengan kesucian dan ketinggiannya.  Tanpa memuliakannya payah ayat-ayatnya akan melekat di dada kita.  Antara adab-adabnya ialah:
1.  Bersuci dan berwuduk
2.  Memakai pakaian yang bersih
3.  Berada di tempat yang bersih dan sunyi
4.  Mengadap kiblat
5.  Ikhlaskan niat.  Menghafaz kerana hendak menghafaz, sebab Allah 
     dan rasulNya suka orang yang menghafaz Al-Quran, bukan kerana
     sebab-sebab lain yang bersifat keduniaan

B.  Teknik menghafaz Al-Quran

1.  Membaca ayat-ayat berakenaan dengan sebutan yang betul dan
     lambat-lambat (Tartil).  Jika ayat itu panjang, ambil sebahagiannya 
     sahaja.
2.  Baca dan ulang-ulangkan beberapa kali hingga lancar.
3.  Setelah lancar, baca ayat berkenaan dengan lebih cepat (Tadwir). 
4.  Ulang-ulangkan beberapa kali dengan bacaan Tadwir hingga betul-
     betul lancar.
5.  Baca dan cuba mengingat ayat-ayat berkenaan.  Iaitu baca tanpa
     melihat kepada mushaf.  Jika tersangkut atau tidak lancar baru lihat
     mushaf, dan kemudian teruskan bacaan (hafazan) tanpa melihat
     mushaf.
6.  Setelah dapat mengingat atau membaca dengan lancar tanpa melihat
     mushaf, baca ayat lain, iaitu ayat sambungannya, dan lakukan seperti
     langkah 1, 2, 3, 4, dan 5.
7.  Setelah dapat mengingat ayat yang kedua ini, mula balik membaca dari
     awal ayat pertama hingga akhir ayat kedua tanpa melihat mushaf,
    melainkan jika tersangkut atau tidak lancar.
8.  Ulangkan baca beberapa kali dengan bacaan Tadwir supaya lancar.
9.  Apabila mendirikan solat, baca ayat-ayat yang telah dihafaz itu di
     dalam solat.
10.Amalkan membaca Al-Quran setiap hari supaya tidak lupa.

    Inilah di antara panduan dan langkah-langkah menghafaz Al-Quran yang dapat dipaparkan untuk tatapan pembaca.  Jika ada kabaikan, itu ialah pertolongan daripada Allah Ta'ala.  Jika ada kekurangan, itulah sifat manusia yang serba kekurangan, justeru berbanyak maaf dipinta.  Semoga rencana yang ringkas ini memberi manfaat untuk semua. 




Followers

Total Pageviews